"nah duit untuk barang² kereta saya" Mimi menghulurkan beberapa keping duit RM100.
"eh takpe biar dulu, pegang dulu duit awak tu. kita setel dulu kereta tu okay" kata lelaki tadi.
"erm okay terimakasih." kata Mimi
______________________________________
Setelah membeli barang kereta Mimi, mereka berdua menuju ke rumah lelaki tadi.
Saat sampai diperkarangan rumah tersebut, Mimi melihat laman rumah lelaki itu agak luas dan kelihatan lori towing serta rakan-rakan lelaki tadi sudah sampai dihadapan rumah lelaki itu.
Ketika sampai dirumah, lelaki itu terus meletakkan keretanya dalam kawasan rumah lalu terus turun menolong rakan-rakannya menolak Yaris milik Mimi masuk ke kawasan rumah.
Lelaki itu terus mengeluarkan alatannya dan mula membuka bumper dan radiator kereta Mimi. Lelaki itu meminta Mimi untuk berehat di dalam rumahnya kerana diluar ramai rakan-rakan lelaki itu tadi dan bimbang Mimi tidak selesa, Mimi masuk berehat di ruang tamu rumahnya. Pada mulanya mereka ditemani oleh rakan-rakan lelaki tadi, hari sudah semakin petang dan seorang demi seorang minta izin untuk pulang ke rumah.
Akhirnya tinggal lah lelaki itu tadi sendirian membaiki kereta Mimi. Jam sudah menunjukkan 7 petang, dan kereta Mimi berjaya dihidupkan dan siap sepenuhnya. Mimi keluar untuk melihat keadaan keretanya.
Lelaki tadi membuat double check kereta Mimi bagi memastikan semua keadaan selamat untuk pemandu perempuan seperti Mimi memulakan perjalanannya.
TIBA-TIBA,
Lelaki itu mendapati air keluar dari bawah kereta Mimi dengan banyak. Dia segera melihat meter temperature kereta Mimi dan mematikan enjin kereta. Lelaki tersebut segera mencari dimana kebocoran berlaku.
Lelaki itu mendapati hose radiator kereta Mimi crack mungkin akibat perlanggaran tadi.
"hello chun ah, you punya kedai buka lagi? saya mau radiator punya paip la.." lelaki tadi menelefon tokey kedai sparepart.
"aiyo boss.. sudah tutupla.. saya tutup pukul enam. sikarang sudah tujuh lebih oo. esok mari la aa.." kata tokey itu tadi.
"okey takpa²" jawab lelaki itu.
Lelaki tadi menelefon rakan-rakannya menanyakan kedai sparepart dan sesiapa yang memiliki paip radiator Yaris mahupun Vios untuk dimasukkan ke kereta Mimi. Tetapi semuanya gagal dan menemui jalan buntu, dia terpaksa menunggu besok untuk mendapatkannya di kedai.
Lelaki itu memandang Mimi.
"sorryla, aku tak perasan pulak paip tu bocor. kedai sparepart tutup dah." kata lelaki tadi.
"takpelah awak, awak dah buat banyak. saya pulak serbasalah, sepatutnya awak uruskan kereta awak. tengok tu kereta awak still lagi awak tak sentuh. maaf susahkan awak" kata Mimi
"takpe kereta saya tu biar dulu, awak kan kena balik so saya siapkanlah dulu kereta awak ni. so now tinggal kereta dulu boleh? saya hantar awak." kata lelaki tadi.
"erm, kalau awak tak kisah boleh hantarkan saya?" tanya Mimi
"haaa.. jom²" kata lelaki tadi.
______________________________________
DIDALAM KERETA.
"erm awak kita singgah makan dulu boleh? saya belanja" kata Mimi
"boleh. takapalah, saya belanja. mana boleh perempuan belanja lelaki, malulah saya." kata lelaki tadi
"alaa.. janganlah macamtu, saya segan dengan awak. barang kereta tadi dah guna duit awak. bagilah saya belanja awak makan" kata Mimi.
"nak makan dekat mana ni?" tanya lelaki tadi.
"tak kisah, saya ikut je awak nak makan mana" kata Mimi
"awak nak makan apa?" tanya lelaki tadi
"tak tahu lah. nak makan apa ek? hmpp.. cuba cadangkan" kata Mimi
"nasi kandar?" tanya lelaki itu
"taknak" jawab Mimi
"makanan western?" tanya lelaki itu
"taknak" jawab Mimi
"nasi putih lauk tomyam? sup?" tanya lelaki itu lagi
"taknak" jawab Mimi
"burger?" tanya lelaki itu
"taknak" jawab Mimi
"mee celup? mee hailam? me bandung? char kuey teow?" tanya lelaki itu lagi
"taknak" jawab Mimi
"aik? semua taknak.. awak nak makan apa?" tanya lelaki itu lagi
"saya ikut awak je" kata Mimi
"sebab ni lah aku malas bercinta and kahwin." kata lelaki itu tadi
"apa? tak dengar" kata Mimi selamber.
"takda apa, kita dah sampai. saya suka makan dekat sini, jomlah try makan sini." kata lelaki itu lalu turun membukakan pintu untuk Mimi
"terimakasih awak" kata Mimi
Mimi melihat kawasan kedai makan yang agak luas dan pelanggan yang agak ramai.
"tak lambat ke?" tanya Mimi
"tak.. duduk la dulu, tengok menu awak nak makan apa" kata lelaki tadi
"okey lets see.. alright i'm done, tulis sendiri dekat kertas ni right. okey now your turn" kata Mimi
Setelah keduanya membuat keputusan memilih makanan, lelaki tadi memanggil waiter untuk mengutip order mereka. Sesampai waiter di meja mereka, waiter itu menegur lelaki tadi.
"boss? nak makan dekat sini ke? dekat dalam ada meja lagi boss, kawasan balkoni pun ada or ruang vip." kata waiter itu.
"takapa², sini takapa." kata lelaki tadi.
"kalau macamtu saya ke belakang dulu ye boss" kata waiter itu beransur pergi.
Mimi sedikit hairan.
"dia panggil awak boss? awak boss diorang ke?" tanya Mimi agak curious.
"eh tak lah, memang dia layan customer lain panggil boss kot atau mungkin saya selalu makan sini." kata lelaki tadi.
"yeke? urm okey takpela. so awak kerja apa eh? saya tengok awak ni orang yang have-have la." kata Mimi
"oo.. saya ada business kecil² je, lepastu saya invest trading. boleh lah buat² makan." kata lelaki tadi.
"ooo macamtu, okay.." kata Mimi
"so, lepasni nak balik mana? ada rumah kawan yang terdekat? nak balik rumah suami? saya boleh hantarkan." tanya lelaki tadi.
"erm.. rumah kawan ada lebih kurang 30minit dari sini, tapi dia takde sekarang. dia outstation, so maybe hantar saya ke hotel jela. saya tidur hotel." kata Mimi
"kalau macamtu tidur jelah rumah saya tu, kosong je semua bilik tu takde orang pun" kata lelaki tadi.
"boleh ke takpe ke? saya okey je lagipun kereta saya ada kat rumah awak, so takde lah susah-susah awak nak kena jemput hantar saya esok." kata Mimi
"kalau begitu yelah kejap lagi siap makan kita baliklah." kata lelaki tadi.
ns 172.70.130.191da2