KEESOKKAN HARINYA.
KakNia, BangMi dan Mimi berehat sahaja dirumah. KakNia dan Mimi memasak sarapan bersama-sama. Setelah siap masak mereka makan bersama-sama. Jam sudah menunjukkan 8.30 pagi tiba-tiba telefon KakNia berbunyi.
*ringg....ringgg....
"hello ye kak, ada ni dekat rumah tengah sarapan. kenapa kak?" tanya KakNia
"hello Nia.. aku depan kedai kau ni.. tutup ke kedai harini?" tanya customer KakNia
"eh..? tutup ke? er.. sepatutnya pekerja saya dah sampai dah.. takde orang ke dekat situ?" tanya KakNia
"tak ada.. sebab tulah aku call kau Nia, cepat sikit. aku dah tunggu 30 minit dah ni" bebel customer itu.
"aaa.. okay² kejap Nia call pekerja sekejap" kata KakNia meletakkan telefonnya.
"kenapa ni Nia? pekerja tak datang ke?" tanya BangMi
"taklah kot. mana Faris, Mimi? tak bangun lagi ke?" tanya KakNia
"erm tadi akak turun tadi dia cakap nak mandi then terus ke kedai. taktahu lah, kejap akak naik atas tengok dia ada tak kat bilik" kata Mimi segera naik tangga pergi ke tingkat atas.
Mimi membuka pintu bilik dan mendapati Faris masih tidur nyenyak diatas katil.
"Faris... Faris.. weii.. bangunlah, Faris..." Mimi mengejut Faris
"ermmmm.... aaaaaaa..aapa?" Faris mengeliat
"weii mana kawan kau tu ha? dia tak masuk kerja ke?" tanya Mimi sedikit cemas
"hmph.. dia mesej aku malam tadi, dia takjadi masuk kerja.. biarlah dia. nanti carilah pekerja lain" kata Faris sambung tidur
"weii bangun..! Ada customer datang nak ambil barang lah giler.! bangun..!" Kata Mimi sambil memukul Faris menggunakan bantal.
"aduhh sakit lah.." kata Faris lalu bangun memeluk pinggang Mimi. Tangan Faris terkena buahdada Mimi.
Mimi segera menepis dan bangun berdiri ditepi katil.
"kau ambil kesempatan dekat aku eh? kau langgar perjanjian, tambah 2 bulan lagi. so total 5 bulan, rasakan kau" kata Mimi
"tapi aku buat 1 kesalahan je, kenapa sampai 2 bulan? tambah 1 bulan cukuplah." kata Faris
"ah kau suka hati peluk aku, then tangan kau kena dada aku. ingat aku tak rasa ke?" tanya Mimi
"tapi aku tak ramas pun, kena sikit je." kata Faris
"perjanjian aku sentuh kan, tak kisah lah sikit or banyak yang penting kena" kata Mimi
"aduuu apelah aku buat ni, 5 bulan nak tahan nafsu malam pertama. aduhh celaka betul" keluh Faris
"sekarang kau nak bangun pergi kedai ke tak? ada customer dari Negeri 9 tu yang tunggu dekat kedai tu" kata Mimi
"malas ah aku, baik aku sambung tidur." kata Faris sambil berbaring dan pejamkan matanya.
"weiii kau... eeeeiii gerammnya lah aku.. eii" kata Mimi yang sedikit bengang lalu turun kebawah.
_______________________________________
“haa? macamana kak? mana Faris? siapa nak ke kedai ni?" tanya KakNia
"nampak gayanya kita jelah yang pergi ma, Faris taknak bangun ma." kata Mimi sambil mengambil kunci kereta
"papa ikut" kata BangMi
"mama pun" kata KakNia
_________________________________________
JAM 9.30 PAGI, SESAMPAI DI KEDAI KAKNIA MELIHAT TERNYATA CUSTOMERNYA ROSE JUGA BERADA DI KEDAI SEDANG MENUNGGU.
"kak, maaf ye lambat. pekerja ada masalah sedikit takdapat datang." kata KakNia pada customer Negeri 9.
"takapalah Nia. boleh discount sikit kan ? aku tunggu dekat 2 jam dah ni, discount harini je. lain kali harga biasalah. discount sebab aku lama tunggu nak dapatkan bahan kat kedai kau ni, so kedai aku pun terpaksa buka lambatlah harini atau terpaksa cuti harini" kata customer itu
KakNia memandang BangMi, BangMi terpaksa menganggukkan kepalanya. Dia sedar tiada cara lain untuk menebus kelewatan kedainya untuk beroperasi dan menganggu perjalanan operasi bisness customernya.
BangMi sedikit mengeluh dengan apa yang jadi harini. Harini saja dia sudah mengalami sedikit kerugian oleh kerana untung perniagaanya sudah ditolak hanya kerana pekerja tidak membuka kedai dan membuat pelanggan dari jauh tertunggu-tunggu. Bagi BangMi yang sangat menjaga reputasi kedainya adalah penting, jika membuat kesilapan sebegini dapat menjejaskan hubungan baik dengan pelanggan.
"aku ni sampai 7.45 pagi tadi tau, aku dah tunggu dekat sini. biasa budak lama itu hari, dah sampai dah dekat sini. Jam 7.40 biasa aku tengok dia dah menyapu kat luar ni. Tadi aku hairan juga takkan tutup kedai ni, kau pun cakap kedai ni tak tutup. hari² buka punya, kalau ada pekerja cuti mesti ada ganti." bebel customer Negeri 9 itu
"erm pekerja tu dah berhenti dah kak, lama dah takde dia. kitaorang tengah cari pengganti dia lah ni. 4 orang parttime dah masuk tapi semua tak bertahan lama" kata KakNia
"kamu sebagai majikan, tak perlu gantikan pekerja. kamu harus beri dia offer letter, lepastu bagi dia gaji lebih sedikit dari gaji dia yang dulu. kamu dah tahu skop kerja dia macamana kan" kata customer Negeri 9 itu lagi.
"susah sikit kak.." kata KakNia sambil tersenyum
"Aku dah jadi customer kau ni dah lama Nia, memang waktu kau takde dekat kedai. Aku selalu perhati budak tu bagus buat kerja, dia backup kawan-kawan dia buat kerja. Yang dekat singki tu kerjanya disitu je, takada kesana sini macam budak yang berhenti tu" kata customer itu lagi
"betul saya pun akui tu kak" kata KakNia
"ke kau lebih pentingkan anak-anak dari pekerja? untuk pengajaran kau lah ni Nia, dalam bisnes kita tak boleh campur adukkan bisnes and family. dalam bisnes utamakan pekerja yang bangunkan bisnes ni baru anak-anak. melainkan anak-anak ada sewaktu bisness kita masih baru lagi nak membangun." kata customer itu lagi
"anak-anak saya membantu juga serba sedikit dalam bisnes ni, tak mengharapkan 100% atas pekerja" kata KakNia
"jadi selama tempoh berapa tahun bisnes kamu ni, anak-anak kamu tahu apa tentang bisnes kamu? apa cadangan atau improvement yang anak kamu cadangkan kepada kamu berdua?" tanya cust itu lagi
"erm diorang bantu² bungkuskan, jadi cashier macamtu je" kata KakNia
"dekat situ boleh dinilai pekerja yang melebihi segalanya jika nak dibanding anak majikan. kamu bayar anak kamu setiap kali datang kedai?" tanya customer lagi
"bayar, sama dengan pekerja kami gaji mereka. sebaik sahaja anak-anak kami melangkah turun kereta di kedai, mereka akan dibayar sama banyak dengan pekerja tidak kira mereka buat kerja or tak" kata KakNia
"duit gaji anak-anak tolak duit awak ke duit kedai?" tanya customer
"duit kedai.. diaorang dikira sebagai pekerja juga pembantu kedai" kata KakNia
"disitulah kesilapan ketara awak, awak menggajikan pekerja dan menggajikan anak awak yang belum tentu buat kerja menggunakan duit syarikat. awak sudah mengalami kerugian dengan menggaji anak-anak awak yang tidak banyak menyumbang untuk kedai awak." kata customer itu lagi
KakNia hanya terdiam membisu.
"berapa orang anak sekarang Nia?" tanya cust itu lagi
"4 orang, 2 orang dah tetap berada bersama saya dan akan selalu datang ke kedai. 2 orang lagi sedang belajar dan akan datang ke kedai pada jumaat , sabtu dan ahad sahaja." kata KakNia
"jadi anak 2 orang sama gaji dengan pekerja ibarat satu hari awak perlu membayar rm240 sekiranya seorang rm60. itu belum termasuk gaji awak dengan suami awak. tak mustahil rm100 sehari kan untuk seorang? jadi gaji saja dah rm440 untuk sehari. modal lagi, awak kena reset balik perkiraan duit awak supaya bisnes ni tak jatuh untuk masa akan datang" kata customer itu lagi
"betul lah apa yang akak cakap tu, sejujurnya sewaktu kami ada Aman dulu. Aman selalu melarang kami membawa anak² kami yang jarang membuat kerja datang ke kedai. Aman selalu cakap, biar diorang buat kerja lebih, beri sahaja ot rm10 seorang dah memadai berbanding perlu membayar anak² kami rm60 setiap orang untuk 4 orang anak kami. Selama ni kami tak dengar pesanan Aman. Kami sudah tersilap langkah" kata BangMi
"jadi jika banyak kerja kita cuma bayar rm70 setiap sorang dan totalnya cuma rm140 untuk 2 pekerja. Tapi kita bawa semua anak-anak kita dan membayar sebanyak rm360 untuk 6 orang. Sehari dah rugi rm120. Itu belum dikira waktu cuti sekolah dan cuti semestar yang panjang" keluh KakNia
"sebenarnya awak sangat beruntung dulu ada pekerja yang bagus macam Aman. Tariklah balik dia bekerja dekat sini" kata cust itu lagi
878Please respect copyright.PENANAU5h8xX39lM