"Sial!" Iskandar menendang kerusi dihadapannya.
447Please respect copyright.PENANA4nLSUW73Rr
Mukanya kelihatan marah. Matanya berair. Dari tadi dia tidak henti-henti memaki hamun dan menendang kerusi. Q yang berada disitu cuba menenangkannya.
447Please respect copyright.PENANACWaDqbR4TA
"Tolong jangan buat bising. Sini hospital." seorang pengawal keselamatan menegur.
447Please respect copyright.PENANAbqtrhB0cLy
Iskandar yang sedang emosi itu mahu meluru kearah pengawal keselamatan itu tetapi segera ditahan oleh Q.
447Please respect copyright.PENANAVZFdHvpkSv
" Sori pakcik. Takpa. Biar saya tenangkan dia." Q meminta maaf pada pengawal keselamatan itu.
447Please respect copyright.PENANAsfcB0MXz1l
" Is. Sabar la. Kawal sikit marah kau tu. Kita kan dekat hospital ni." Bisik Q.
447Please respect copyright.PENANABlVqO3HhZl
" Ini semua salah aku. Kalau aku bagi dia ikut tadi, mesti takkan jadi macam ni." Iskandar menyalahkan diri sendiri.
447Please respect copyright.PENANA4CChhi0yQJ
" Jangan salahkan diri kau. Kita pon tak tau benda ni nak jadi." Q cuba memujuk.
447Please respect copyright.PENANAXrwVXkGZp1
" Siapa punya keje ni? Aku tak percaya yang Ikhwan tu boleh jatuh dari tingkat tiga sedangkan kita kat dalam kelas tadi." Iskandar terasa pelik.
447Please respect copyright.PENANAy0xGANj0lu
" Masa semua kepala cabar kau tadi, Malik takda dekat situ. Itu pon kau tak nampak?" Shah yang tiba-tiba muncul itu berkata.
447Please respect copyright.PENANATaV2vVkcnZ
Iskandar terpana. Pipinya ibarat ditampar berkali-kali apabila mendengar kata-kata Shah itu. Kenapalah langsung dia tidak terfikir tentang itu?
447Please respect copyright.PENANANCZtJRUx5y
Iskandar mendekati Shah dan mencengkam kolar bajunya.
447Please respect copyright.PENANADmC2t37X4I
" Kau tahu semua ni tapi kenapa kau biarkan?" Iskandar berkata. Wajahnya bengis.
447Please respect copyright.PENANAwJGG6rlvrE
"Kalau aku tau, kawan kau tu takkan jadi macam ni." Shah menjawab. Takut juga dia kalau Iskandar tiba-tiba hilang kawalan.
447Please respect copyright.PENANAsvnIwafbSe
" Mana aku nak cari dia? Cakap!"
447Please respect copyright.PENANAEcBjPY6JIQ
" Be..belakang dewan. Dia selalu lepak belakang dewan."
447Please respect copyright.PENANA8ggvtoDDtz
Iskandar terus melepaskan Shah dan bergegas keluar dari hospital itu.
447Please respect copyright.PENANA6iSsBRdpzC
" Is. Kau nak pergi mana?" Q memanggil setelah melihat Iskandar berlari meninggalkannya.
447Please respect copyright.PENANAg2iuGKelkl
" Terus terang aku cakap, bila aku dengar budak tu masuk sekolah kita, aku rase tak senang. Tapi bila Malik sanggup buat macam ni, aku akan tolong kau dengan kawan kau." Shah berkata kepada Q.
447Please respect copyright.PENANAFxd3EAy9ha
*********
447Please respect copyright.PENANAAUpxRM2TQW
"Apa yang patut kita buat sekarang Lek? Aku rasa mesti budak tu akan mengamuk lepas ni." Mus bertanya kepada Malik ketika mereka menyembunyikan diri di belakang dewan, tempat mereka selalu berkumpul.
447Please respect copyright.PENANALHDRTtoQV1
" Apa yang kau nak takut sangat ni? Ha? Bukan kita buat apa pun." jawab Malik tenang. Namun jauh disudut hatinya, dia berasa sedikit gentar setelah melihat Iskandar mengalahkan ketua-ketua kumpulan yang ada dengan sekelip mata.
447Please respect copyright.PENANAgGvincD0Ul
" Memang la. Tapi, kita yang...."
447Please respect copyright.PENANAJaH7PcjYJJ
PRANGG!!!
447Please respect copyright.PENANA6xAtCHOhzh
Belum sempat Mus menghabiskan kata-katanya, terdengar bunyi seperti runtuhan kerusi disebalik dinding. Malik dan Mus berpandangan sesama sendiri. Kemudian, suasana menjadi kelam kabut apabila beberapa orang kuncu-kuncu Malik tercampak dan terbaring diatas tanah. Malik bingkas bangun dan mendapatkan salah seorang kuncunya yang sudah terbaring kesakitan itu. Baru sahaja dia mahu bertanya apa yang terjadi, riak wajah Malik tiba-tiba berubah. Dia berasa sedikit terkejut. Dihadapannya, Iskandar berjalan perlahan-lahan kearahnya dengan wajah yang bengis. Kedua penumbuknya digenggam kemas.
447Please respect copyright.PENANAzegU8GlFgr
"Apa masalah kau?" Malik memberanikan diri sambil melawan tenungan tajam Iskandar.
447Please respect copyright.PENANAXUhiOJ6GT2
" Kau nak pukul aku? Pukul la!" Iskandar membentak keras. Kedua belah tangannya dikembangkan sambil merenung tajam.
447Please respect copyright.PENANAMDF54F4uLM
Beberapa orang kuncu Malik termasuk Mus sudah bersiap sedia untuk menyerang. Sementara Malik hanya berdiri dibelakang kuncu-kuncunya.
447Please respect copyright.PENANAg0eC2s613E
"Serang." Malik mengarah.
447Please respect copyright.PENANAuZa5iOoTou
Dan tanpa berlengah, Mus dan beberapa orang lagi menerpa kearah Iskandar secara serentak.
447Please respect copyright.PENANAutzOHj6yEk
Iskandar yang sudah bersedia itu terus berlari pantas kearah mereka. Hanya satu tumbukan kearah kerongkong, tiga orang diantara mereka telah rebah. Mus bagaikan tidak percaya. Dia kemudiannya melompat kearah Iskandar, bersedia untuk melepaskan tendangan terbang.
447Please respect copyright.PENANAXWVqe6svbJ
Iskandar juga turut melompat dan melakukan tendangan kilas. Dan tendangannya itu tepat mengenai telinga kanan Mus. Mus berpusing beberapa kali diudara sebelum jatuh terlentang keatas tanah.
447Please respect copyright.PENANACDJOklEkL0
Serangan pantas Iskandar itu membuatkan Malik sedikit berasa gentar. Hatinya sedikit berdebar. Nampaknya Iskandar ini bukan calang-calang. Dia kemudiannya mempersiapkan diri apabila melihat Iskandar mula berjalan kearahnya.
447Please respect copyright.PENANAUIQmSncJ0Z
"Aku tak cari hal dengan kau. Kau tak habis-habis cari masalah dengan aku. Sekarang aku ada depan kau. Apa lagi kau tunggu?" Iskandar berkata lantang. Wajahnya serius. Dadanya kencang menahan geram.
447Please respect copyright.PENANABtHoa9Qe1y
"Kau memang berani datang tempat aku sorang-sorang. Aku respect kau. Dah lama aku tak jumpa orang hati kering macam kau." Malik berkata riak, cuba menyembunyikan perasaan gementarnya.
447Please respect copyright.PENANASRTFjUG4LD
" Kau tak puas hati dengan aku, kenapa kau nak libatkan orang lain?" Iskandar bertanya geram. Penumbuknya digenggam kemas, bersedia mahu menyerang.
447Please respect copyright.PENANApnROLVBqx6
" Huh? Kau cakap apa?" Malik bertanya.
447Please respect copyright.PENANAeTNJpac3nG
"Kenapa kau serang kawan aku!!?" Iskandar menjerkah lalu satu tendangan silang dihayunkan kearah Malik.
447Please respect copyright.PENANAfqIxMuraD6
Malik yang sedikit terkejut itu spontan menahan tendangan Iskandar dengan kedua belah tanggannya. Tendangan itu menyebabkan dia terundur beberapa langkah kebelakang. Tangannya juga terasa pedih.
447Please respect copyright.PENANAr9kwa4Kcto
Iskandar menghayunkan penumbukknya pula. Kali ini kearah wajah Malik. Malik segera tunduk mengelak namun sejurus itu juga Iskandar menendang dibahagian rusuk kiri Malik.
447Please respect copyright.PENANAe3rQmo45iA
Malik terjelupuk diatas tanah sambil memegang rusuk kirinya. Terasa pedih dan perit. Namun sedaya upaya dia menyembunyikan kesakitannya.
447Please respect copyright.PENANATqtfEzYOI7
447Please respect copyright.PENANAx0AH66mD9J
*****
447Please respect copyright.PENANARpTRJDqtg4
Dari jauh, beberapa orang sedang memerhatikan pergaduhan antara Malik dan Iskandar.
447Please respect copyright.PENANAtFkh0mZtNe
" Bos, apa plan kita lepas ini?"
447Please respect copyright.PENANALtRlhK95RE
"Perang kita semakin hampir. Aku akan hancurkan diorang semua. Hahahahahahahaha. Hahahahahahahahaha. Hahahahahahahaha."
447Please respect copyright.PENANA4A9bsGnfud
447Please respect copyright.PENANAqKi4HANYPQ
447Please respect copyright.PENANAjpsqYnKu5N
447Please respect copyright.PENANAfn7HNGp6bw