MALAM ITU DIRUMAH KAKNIA.
KakNia sekeluarga duduk makan bersama-sama.
"haa.. semua ada harini. so Faris, Hamzi, Arif and Abang Ngah. Papa, Mama and KakMimi dah bincang sepakat nak ambil Aman kerja semula dengan kitorang. macamana penerimaan korang? boleh bagi pendapat masing-masing?" tanya BangMi
"kalau mengikut saya selaku menantu dan pangkat abang antara diaorang ni, saya.." kata Faris belum sempat habiskan ayatnya terus disekat oleh BangMi.
"bagi anak-anak Papa dulu bersuara, kamu kemudian, okey Abang Ngah dulu." kata BangMi
"kalau ikut saya, saya tak kisah pun. saya jarang-jarang kesana memandangkan saya kerja dekat KL sekarang. kalau ada pun sabtu ahad jelah saya kesana itupun kalau saya ada free." kata Abang Ngah (maaf author lupa nama watak)
"okey, Hamzi?" tanya BangMi
"erm erm.. Hamzi... * sambil memandang Faris.* Hamzi erm oo oke je Papa." kata Hamzi teragak-agak.
"Arif?" tanya BangMi
"kenapa Mama and Papa nak ambil Abang Aman lagi? bukan dia ke yang buat masalah? Abang Hamzi dengan Abang Faris selalu cerita lah dekat adik, Abang Aman bermasalah. Dah lah bermasalah, pemalas pulak tu, depan mama papa je Abang Aman tu berlakon buat kerja, belakang papa mama? mama papa taktahu kan? siapa yang tahu? Abang Faris dengan Abang Hamzi lagi tahu." kata Arif
"jadi adik tak setuju?" tanya BangMi
"bukan tak setuju, adik cuma bagitahu je apa yang adik tahu. tapi kalau nak difikirkan, adik selalu je tinggal dekat kedai tu time mama keluar hantar barang or beli makanan. adik rasa yang banyak buat kerja waktu mama papa takde, sebenarnya Abang Aman. kalau mama papa takde, abang Hamzi masuk bilik lepastu tidur. Abang Faris main telefon walaupun ada customer, so Abang Aman yang kena buat kerja Abang Faris and Abang Hamzi." kata Arif
"so adik rasa siapa yang patut kerja and siapa yang tak patut kerja?" tanya BangMi lagi
"Abang Aman memang layak kerja, yang tak patut langsung Abang Hamzi. pemalas. asyik nak tidur je, dekat rumah tidur, pergi kerja pun tidur." kata Arif jujur
"okey, haa.. Faris nak cakap apa?" tanya BangMi
"ermm semua benda Arif dah cakap, saya taktau lah nak cakap apa. ini pula perbincangan anak- beranak, takkan saya nak cakap lebih² pulak" kata Faris
"okey, kalau macamtu Nia offer Aman masuk semula kerja dengan dia starting basic dia rm2000. ot dia rm10 sejam." kata BangMi
"wah rm2000 basic, so maknanya gaji saya and Hamzi naik jugak lah ye.." Faris menyampuk
"kamu cukuplah rm1500 basic. kerja kamu satu kerja tu je, siang ikan je kerja kamu. ot pun ada rm7. apa lagi tak cukup? Aman gaji lebih dari kamu sebab semuanya dia buat, siang ikan pun dia boleh buat. Kamu dengan Hamzi je tak boleh buat apa yang Aman boleh buat" kata BangMi
"alaa.. chill lah.. nak banding-bandingkan pulak. ni kira tak adil dah ni Hamzi. gaji tak selevel. kalau ikutkan kita kerja lama dari Aman tu" Faris cuba menghasut Hamzi
"betullah tak adil macamni Papa." kata Hamzi sedikit memberontak.
"kamu nak kerja dengan mama papa ke tak? kerja senang lagi nak mengeluh. sekarang kamu bos ke siapa bos? kalau tak setuju pergi cari kerja lain" BangMi sedikit meninggikan suaranya.
"oke.. kerja dengan papa." kata Hamzi
"satu lagi, papa tak nak perkara lepas berulang lagi. Papa and Mama sangat perlukan Aman untuk bisness kita, paham?" tanya BangMi pada Faris dan Hamzi
"faa...faham papa" mereka menjawab serentak.
_________________________________________
DI DALAM BILIK MIMI
Faris berbaring disebelah Mimi diatas katil.
"apa yang bagus sangat dengan si Aman tu? aku rasa dia buat kerja biasa je. nak banding buat kerja laju, aku lagi laju dari Aman tu" kata Faris
"Aman tu jaga kualiti produk, kualiti kerja, kau ada? check² barang yang kau buat, kau pack? ada ?" tanya Mimi
"laah. buat apa nak check²? kalau dah pack simpan jelah terus" kata Faris
"sebabtulah kau tu memang jauh beza dengan Aman, kau fikir kerja nak cepat siap supaya boleh rilek. Aman selalu check barang² untuk delivery, check kualiti produk, packing kemas ke tak, semua tu kena ambil kira" kata Mimi
"buat apa nak susah² kan diri, kita dibayar rm1500 untuk buat kerja je, yang sibuk² nak buat lebih, eleh nak nama lah tu. tu yang papa and mama kau asyik puji² je tu" kata Faris
"kau ni kan Faris, kau memang ada masalah hati eh? itu namanya skop kerja, kalau kau taknak buat. jangan larang oranglain buat benda tu." kata Mimi
"alaa.. kita jual ikan dengan sayur je pun, bungkus surat khabar je. tak payah nak pack dalam plastik nak vakuum bagai. menyusahkan tahu" kata Faris
"itulah orang cakap presentation untuk bisness. kekemasan, jaga kualiti. sebabkan kerja kau yang sambil lewa selalu tu banyak menyusahkan mama papa aku tahu tak? kau selalu bungkus surat khabar then letak dalam store frozen. surat khabar tu hancur melekat dekat badan ikan, kau ada ambil tahu? hampir tiap malam mama and papa aku kena pergi ke kedai untuk tukar semula apa kerja yang kau buat kedalam plastik lepastu vakuum kemas-kemas macam Aman selalu buat." kata Mimi
"hmph." Faris hanya mendengar bebelan Mimi
"tolong lah Faris jangan asyik fikir setakat nak kerja duit masuk hujung bulan, kerja lah betul² mainkan jiwa betul². cuba lah Faris, cubalah." kata Mimi
"tengoklah nanti" kata Faris lalu menarik selimutnya dan tidur
577Please respect copyright.PENANA278JtCZQwe