Terima kasih kerana sudi berjalan bersama cerita ini, sebuah kisah yang bergerak perlahan, menyelami perasaan yang dalam, dan menempuh perjalanan yang sunyi.
Ramai yang mungkin bertanya, adakah ini sebuah kisah cinta?
Bagi saya, ia lebih daripada itu. Ia adalah naskhah tentang dua jiwa yang pernah bertemu di persimpangan takdir, namun memilih untuk diam. Bukan kerana tidak berani, tetapi kerana kita sedar ada garisan sempadan yang tidak boleh dilangkahi. Kita hidup dalam dunia yang dibentuk oleh norma dan pegangan yang kita junjung tinggi. Terkadang, diam adalah cara paling jujur untuk kita menjaga fitrah dan kesucian diri di hadapan Tuhan, tanpa perlu melanggar hukum-hukum-Nya yang kita Imani. Ada perasaan yang terlalu rapuh untuk disentuh, dan terlalu berharga untuk dirosakkan dengan definisi manusia yang sering kali menghakimi. Cerita ini adalah tentang perjuangan memujuk hati, tentang redanya seorang hamba, dan tentang bagaimana kita menghargai jarak yang kita pilih demi menjaga sesuatu yang lebih besar daripada sekadar keinginan diri.86Please respect copyright.PENANAb7hW9idqhL
Jika awak pernah menyayangi seseorang dalam diam, Pernah menyimpan rindu yang hanya mampu diadukan pada langit malam, Atau pernah kehilangan sesuatu yang sebenarnya tak pernah pun menjadi milik awak sepenuhnya... Maka, setiap helaian ini adalah untuk awak.
Saya menulis bukan untuk menghakimi mana-mana rasa, tetapi untuk memberi ruang kepada mereka yang sering dipinggirkan oleh dunia. Saya ingin kita ingat, bahawa rasa yang tidak dilafazkan itu tetap wujud. Ia tetap bernyawa, tetap berdenyut, dan tetap meninggalkan kesan yang kekal dalam lipatan sejarah hidup kita, walaupun tidak pernah ada nama yang diletakkan padanya.
Terima kasih kerana bertahan hingga ke helaian terakhir. Semoga "Nama Yang Tak Pernah Aku Panggil" akan terus hidup di satu sudut sunyi dalam hati awak, sebagai peringatan bahawa tidak semua keindahan perlu dipertontonkan, dan tidak semua rindu perlu berbalas.
86Please respect copyright.PENANAdfNz97B7uu
Dan khusus untuk 'FAKHRI',
Segala baris kata dalam buku ini adalah untukmu. Semoga Allah titipkan kedamaian yang abadi buatmu di sana, dan menempatkanmu di tengah-tengah golongan para solehin.
Kisah ini mungkin sekadar cebisan imaginasi bagi orang lain yang membacanya. Namun bagi aku, naskhah ini adalah sebuah monumen kecil, cara paling sunyi dan paling indah untuk aku terus mengenang seseorang yang pernah memberi makna pada kewujudan, walau hanya seketika.
Tidurlah dengan tenang. Nama mu tidak pernah aku panggil, tapi ia sentiasa ada di dalam setiap doa.
86Please respect copyright.PENANA42zyGT6OG7
Dengan rendah hati, 86Please respect copyright.PENANAy9aZyuDLpB
FT


