Fakhri, Julai 2015
Selepas aku kembali ke IKBN, segalanya terasa berganda-ganda lajunya. Kelas, tugasan, kerja bengkel, dan kehidupan asrama yang sibuk adalah tembok terbaik yang aku perlukan. Di sini, aku tak perlu berhadapan dengan kenangan. Aku hanya perlu fokus. Fokus untuk tamatkan kursus Pastri ini, dapatkan sijil, dan mulakan hidup baru yang stabil. Ini adalah alasan rasional yang aku pegang kuat-kuat.
Aku akui, kepulangan aku baru-baru ini telah mengoyakkan sedikit dinding yang aku bina. Pelukan itu. Sentuhan itu. Ia membuatkan aku sedar betapa aku merindui tempat selamat itu, walaupun aku tidak merindui pemiliknya dengan cara yang dia harapkan.
Namun, sebaik sahaja aku kembali kesini, aku bina semula dinding itu. Lebih tinggi, lebih tebal. Ini adalah untuk Hazim. Dan yang lebih penting, ini adalah untuk diri aku sendiri.
Mesej pertama dari Hazim tiba. Ringkas. “Fakhri, kau sihat?”
Aku melihat notifikasi itu di telefon. Aku tahu dia sedang menunggu. Aku tahu dia sedang menguji. Tapi aku tahan. Aku biarkan mesej itu tenggelam di bawah notifikasi lain.
Kenapa aku tak balas?
Aku cuba cari alasan yang paling mulia: Jika aku balas, aku akan tarik Hazim ke dalam satu hubungan tanpa kepastian. Aku tidak boleh memberinya apa yang dia mahu. Jadi, kebisuan aku adalah perlindungan. Ia adalah jawapan ‘Tidak’ yang paling lembut.
Aku cuba merasionalkan. Dengan berdiam diri, aku sedang menunjukkan batas terakhir, bahawa kami benar-benar sudah bergerak ke haluan masing-masing.
Seminggu kemudian, mesej kedua tiba. Kali ini lebih panjang, lebih jujur, walaupun masih berlapik. “Kalau kau sibuk, aku faham. Cuma aku nak tahu kau okay. Itu pun dah cukup.”
Aku baca. Aku tahu Hazim sedang bergelut. Perkataan ‘okay’ itu menusuk aku. Dia hanya mahu pengesahan. Tapi aku tetap tak balas.
Aku memejam mata, rasa bersalah mula mencengkam. Aku sedar, aku sedang menyakiti Hazim dengan berbuat begini. Aku benci diri aku sendiri yang memilih jalan kejam ini. Aku tahu kebisuan aku lebih perit daripada kata-kata terus terang. Tetapi aku takut. Aku takut jika aku berkata ‘Aku tak mampu jadi seperti yang kau harapkan,'’ ia akan memusnahkan Hazim sepenuhnya. Jadi aku memilih untuk membiarkan dia meneka, berharap, dan akhirnya melepaskan.
Aku membiarkan isyarat itu mati. Lagi dan lagi.
Kemudian, malam itu, ketika aku baru selesai menyiapkan tugasan Macaron yang gagal, telefon aku bergetar sekali lagi. Kali ini, ia bukan notifikasi ringkas. Ia adalah rentetan teks yang panjang. Teks yang membuatkan jantung aku berdebar laju, seolah-olah ia sudah tahu betapa buruknya isi mesej itu.
Aku buka WhatsApp Hazim.
Aku baca, dan aku rasa dinding yang aku bina runtuh dengan serta-merta.
66Please respect copyright.PENANAVT9YKNhnyD
“Fakhri, aku tak tahu apa salah aku. Aku cuma rindu. Aku tak minta lebih. Aku sedar siapa aku. Aku tahu tempat aku. Aku tak pernah ganggu kau lebih dari apa yang wajar. Tapi bila kau senyap macam ni... aku rasa macam aku langsung tak penting. Macam aku cuma satu fasa yang kau nak lupakan.”
“Aku bukan sesiapa. Aku tak ada hak ke atas hidup kau. Tapi aku manusia, Fakhri. Aku ada hati. Dan hati aku luka. Sakit. Sebab aku sayang kau... sebagai sahabat, sebagai adik... dan lebih dari itu. Tapi semua tu aku simpan sendiri. Aku jaga, aku hormat. Aku tak pernah minta apa-apa balasan pun. Aku cuma nak kau ingat... aku pernah ada. Dan aku masih di sini. Tapi kalau kehadiran aku menyakitkan, aku akan pergi.”
66Please respect copyright.PENANAv3ttuvlOev
Aku membaca ayat terakhir itu berulang kali.
“Aku akan pergi.”
Serta-merta, memori pagi di pintu rumahnya datang kembali,
“Mungkin... bila kau balik cuti nanti, aku dah tak ada kat sini.”
Ia bukan ancaman kosong. Ia adalah janji yang akan dia tunaikan.
Air mata aku tumpah. Bukan air mata sedih kerana cinta yang hilang, tetapi air mata sedih pada diri aku sendiri yang terlalu lemah untuk berterus terang. Aku rasa diri aku kejam. Aku telah membiarkan orang yang paling peduli terhadap aku menanggung semua beban ini sendirian. Aku telah merosakkan hati yang paling suci.
Aku berniat untuk membalas. Aku mesti minta maaf. Aku mesti jelaskan.
Jari aku mula menaip di ruangan mesej. “Abang, maafkan saya. Saya hargai abang. Saya rindu abang...”
Aku padam. Tidak, ini akan memberi harapan baru.
Aku cuba lagi. “Saya tak balas bukan sebab saya benci. Saya tak mampu jadi seperti yang abang harapkan.”
Aku padam lagi. Ayat ini terlalu dingin. Ia akan melukakan dia lebih teruk.
Aku menaip, memadam, menaip, memadam. Aku tidak tahu bagaimana untuk membalas mesej yang begitu tulus tanpa menghancurkan hatinya sepenuhnya. Setiap draf yang aku cipta terasa seperti pisau yang lebih tajam daripada kebisuan.
Akhirnya, aku cuma membiarkan mesej itu kekal di skrin telefon. Tanpa balasan.
Aku tahu ia adalah satu lagi kebisuan yang kejam. Tetapi aku sedar, lebih baik aku biarkan dia pergi dengan andaian aku tidak peduli, daripada aku membalas dan merumitkan pelepasan yang Hazim telah usahakan dengan penuh kesakitan.
Aku letak telefon. Aku biarkan diri aku tenggelam dalam tangisan yang memalukan. Tangisan yang tak terucap, dan tak terjawab. Dan aku tahu, aku telah kehilangan Hazim sepenuhnya.
Beberapa hari selepas aku menerima mesej Hazim, aku hanyut dalam kekelaman. Aku tidak menyentuh telefon. Aku tidak menjawab sebarang panggilan. Mesej Hazim kekal di sana, sebagai bukti kejam tentang keputusan aku.
Aku cuba fokus di bengkel, tetapi bau butter dan gula terasa pahit. Aku tersalah masukkan sukatan. Aku lupa arahan Chef Mazlan. Konsentrasi aku hilang. Sampai Aiman pun perasan. Sudah dua hari dia hanya memerhatikan aku, tidak menegur, tapi aku tahu renungan matanya penuh tanda tanya.
Pada malam khamis, kami duduk di meja belajar. Aiman sedang membaca. Aku pula hanya merenung dinding. Aku perasan, beberapa kali Aiman meletakkan buku dan merenung aku dengan pandangan yang penuh soalan, seolah-olah dia tahu aku berada di tempat lain.
“Woi, Fakhri” Aiman bersuara perlahan, tanpa memandang buku. “Dua hari dah kau macam zombie. Aku tak kisah kau nak termenung, tapi kalau kau terus bebankan meja ni dengan aura murung kau, aku nak buat revision pasal topik kelas esok pun rasa tak aman, tahu tak? Kau ada masalah ke?”
Aku cuba senyum, tapi wajah aku terasa kebas. “Tak ada apalah.”
Aiman menutup bukunya dengan bunyi yang kuat, memandang aku serius. “Tengok aku, Fakhri. Kau dah dua kali salah mix adunan dalam kelas amali. Chef Mazlan hampir bunuh kau tau. Kau bukan jenis macam tu. Selama ni kau yang paling fokus, paling perform dalam kelas. Ini bukan pasal kerja ni. Kau ada masalah apa ni? Ceritalah, mana tahu aku boleh bantu.”
Aku mengelak pandangannya. Perlukah aku cerita? Aiman tidak tahu apa-apa tentang Hazim. Dia tidak akan faham dinamik kami, sejarah yang terlalu peribadi untuk dikongsi dengan orang luar. Dia akan menghakimi aku, menghakimi niat baik Hazim, atau paling teruk, dia akan menjauhkan diri. Tapi pada masa yang sama, aku rasa seperti dada aku akan pecah. Aku perlukan seseorang yang neutral.
“Boleh ke aku cerita? Boleh ke aku percayakan kau?” Akhirnya, aku terlepas kata.
Aiman angguk. “Aku janji. Aku dengar. Tak judge.”
Aku tarik nafas panjang. Suara aku serak dan bergetar.
“Aku... aku rasa aku dah buat salah besar. Aku dah lukakan hati kawan aku. Orang yang paling baik dengan aku.”
Aku menceritakan segalanya. Bukan kisah cinta, tetapi kisah kebaikan dan pengorbanan Hazim, dan bagaimana aku telah membalas semua itu dengan kebisuan dan ketakutan. Aku tidak menyebut orientasi Hazim, tetapi aku jelaskan bahawa Hazim menyayangi aku lebih daripada sekadar sahabat, dan aku tidak mampu membalasnya.
“Aku diam. Aku biarkan mesej dia, semua tu tak berbalas. Aku fikir itu jalan terbaik, untuk dia lupakan aku. Tapi aku tak tahu, kebisuan aku tu lagi menyakitkan dia daripada aku berterus terang. Malam haritu... dia hantar mesej yang terakhir. Dia cakap dia dah tak tahan. Dia cakap dia akan pergi,” jelasku, air mata mula bertakung.
Aiman menggosok dagunya, berfikir sejenak.
“Aku tak kenal Hazim. Tapi dia nampak macam lelaki yang baik. Dan kau, Fakhri, kau tak jahat. Kau buat sebab kau takut. Kau takut dia berharap, dan kau takut, kau akan kecewakan dia bila dia tahu kau tak boleh bagi dia apa yang dia mahu.”
Aku hanya mengangguk, terharu kerana Aiman tidak menghakimi aku.
“Tapi kau kena ingat, kawan. Kadang-kadang, kejujuran, walaupun sakit, adalah lebih baik daripada kebisuan. Kau nak lindungi dia, tapi kau guna cara yang paling menyakitkan. Kau buat dia rasa dia tak penting, padahal hakikatnya... kau tak tahu macam mana nak cakap yang dia terlalu penting, sampai kau takut nak beritahu kebenaran.”
Kata-kata Aiman menusuk ke dalam. Dia betul. Aku takut kerana dia terlalu penting.
“Sekarang, dia dah pergi,” kataku perlahan. “Aku dah hilang dia. Apa yang aku patut buat?”
“Kau jangan kejar dia,” nasihat Aiman, nadanya lembut tetapi tegas. “Kau bagi dia ruang. Itu yang dia minta melalui mesej terakhir tu. Kau biarkan dia pergi untuk dia sembuh. Kalau kau balas sekarang, kau akan ganggu proses penyembuhan dia. Biarkan dia fikir kau memang tak peduli. Biarkan dia guna kemarahan tu untuk lupakan kau. Itu yang paling kau boleh buat untuk dia sekarang.”
Aiman menepuk bahu aku. “Kau dah cukup seksa dia dengan kebisuan. Sekarang, bagi dia hadiah, kebebasan untuk berdamai dengan dirinya. Kau fokus sini. Selesaikan apa yang kau mula. Nanti cuti, kau balik Seremban, kau tengok lah apa yang patut kau buat.”
Aku mengangguk perlahan. Aku ambil telefon aku semula. Tanda dua biru itu masih ada. Aku tenung lama pada mesej Hazim, dan aku memilih untuk biarkan ia kekal begitu. Tak terjawab.
Aiman betul. Kebisuan kali ini, biarlah ia menjadi pengorbanan terakhir aku untuknya.
Malam itu, aku tertidur bukan kerana selesa, tetapi kerana kelelahan emosi. Dan aku tahu, aku telah kehilangan Hazim buat selama-lamanya.
66Please respect copyright.PENANAIjrVFKj1Kf
66Please respect copyright.PENANABSla7FXqtm
66Please respect copyright.PENANAGxuuG1U3qx
“Ada perpisahan terjadi bukan kerana benci,66Please respect copyright.PENANAEr5tJu8Z7d
tapi kerana seseorang terlalu takut untuk melukai,66Please respect copyright.PENANAsbNQkAPwFR
hingga akhirnya dia melukai juga.”
66Please respect copyright.PENANAiqBYiQ3Xce
....bersambung66Please respect copyright.PENANA3swMtbP848


