Fakhri, Mei 2015
Cuti semester akhirnya tiba.
Bas yang membawa aku dari pantai timur terasa lebih laju, seolah-olah ia juga tak sabar nak kembali ke Seremban. Langit di luar tingkap bas bertukar jingga, dan setiap pantulan bayangan di kaca seperti menyorot wajah-wajah yang pernah aku tinggalkan. Aku tak pasti sama ada aku pulang untuk berehat, atau sekadar berdepan dengan sesuatu yang aku cuba elak. Aku pulang dengan hati yang bercampur aduk. Ada rasa teruja yang mendadak. Gembira nak jumpa mak ayah, nak makan lauk kampung yang mak masak, nak rasa bantal rumah sendiri. Tapi dalam diam, ada getar halus yang berdenyut di dada.
Aku tahu, cuti ini bermakna aku tak mungkin elak daripada satu pertemuan.
Abang Hazim.
Dia mesej aku sehari sebelum aku balik. Ringkas, tapi penuh maksud yang aku sendiri tahu bagaimana untuk mentafsirnya;
“Cuti ni balik ke? Kalau kau free nanti, singgah la rumah aku. Lama tak borak.”
Ayatnya ringkas, tapi terasa seperti jemputan dari masa lalu yang masih belum reda. Aku baca berkali-kali, bukan sebab aku tak faham, tapi sebab aku takut apa yang akan aku rasa kalau aku faham betul-betul. Aku cuma balas, “Okay.” Tapi tindakanku menghantar bluetick selama dua puluh empat jam sebelum membalas itu sudah cukup untuk menjadi jawapan peribadi aku. Aku cuba cipta jarak, tetapi dia tetap menanti.
Aku habiskan beberapa hari di rumah dengan sengaja menyibukkan diri. Aku tolong mak masak rendang yang tak pernah aku tolong sebelum ini, aku kemas bilik sampai tak ada habuk, keluar beli barang dapur yang tak perlu dibeli. Aku buat semua itu untuk menahan diri. Aku tak mahu jadi yang pertama menghubungi. Aku tak mahu membuka pintu yang aku sudah susah payah kunci.
Tapi setiap kali telefon aku berbunyi, hati aku berdebar. Hari-hari berikutnya pun begitu, sampai akhirnya, aku sendiri yang kalah. Aku rindu ketenangan dia.
Aku taip mesej itu, tanpa perlu berfikir; “Abang... saya balik Seremban sampai Ahad. Malam esok free?” Jawapan dia datang hampir serta-merta, seolah-olah dia sentiasa pegang telefon menanti. “Sentiasa.”
* * * * * * * * * * * * * * * * *
82Please respect copyright.PENANAkPPTVnEKqW
82Please respect copyright.PENANADOpaMWAfN8
Hazim, Mei 2015
Dia balik.82Please respect copyright.PENANAHaA9vsg2mW
Tanpa gendang, tanpa berita panjang. Cuma satu mesej petang itu;
“Abang… saya balik Seremban sampai Ahad. Malam esok free?”
Aku rasa dunia aku kembali bernyawa. Jari aku menggeletar kecil sebelum membalas. “Sentiasa.” Jawapan itu jujur. Sejak dia pergi, tiada malam yang benar-benar milikku. Semuanya diisi rasa kehilangan. Pesanan tadi mengundang bayangannya bermain di fikiran, membuat hati berdebar menunggu pertemuan esok.
Dan malam itu aku tiba lebih awal daripada waktu yang dijanjikan. Kafe kecil di hujung deretan kedai itu tenang, cuma ada dua pelanggan lain dan bunyi senduk berlaga dari dapur kecil di belakang. Bau kopi dan roti bakar memenuhi ruang.
Aku duduk di sudut paling hujung, tempat yang menghadap tingkap. Tanganku di atas meja, sesekali mengetuk permukaannya tanpa sedar. Aku cuba kelihatan tenang, tapi di dada, debar yang lama cuba bangkit semula.
Dan kemudian dia datang.
Langkah itu masih sama. Tenang, tapi membawa sesuatu yang berat. Fakhri berdiri di hadapan meja aku dengan senyum yang sedikit malu, seperti seseorang yang tak pasti sama ada dia masih dialu-alukan. Rambutnya kini lebih pendek, wajahnya matang sedikit, dan mata itu, masih jernih, masih menundukkan masa.
“Assalamualaikum, bang,” katanya perlahan, tapi cukup untuk membuat ruang itu berubah hangat.
“Waalaikumussalam.” Aku membalas salamnya, tetapi tubuhku kaku. Di dada, pergolakan hebat berlaku. Haruskah aku bangun dan memeluknya? Aku rindu, tapi aku bimbang jika aku terlepas kawalan, aku tak akan mampu melepaskannya lagi. Akhirnya aku hanya mampu mengangguk kecil.
Fakhri pula tidak menunggu. Dia melangkah ke arah aku, dan tanpa aku duga, tubuhnya terus menyandar sedikit ke sisi aku. Lengan dia merangkul bahu aku untuk sesaat, pelukan spontan. Sekilas, tetapi penuh dengan kehangatan yang aku cari. Hanya pelukan dua sahabat lama yang teruja bertemu.
Apabila dia melepaskan pelukan itu, barulah lidahku cair.
“Duduklah,” jawabku, mengalihkan cawan kopi supaya ada ruang di hadapanku. “Dah lama tak jumpa kau. Apa khabar? Kurus sikit nampak?” Aku cuba berjenaka, menyembunyikan getaran yang masih terasa di bahu.
Dia duduk. Seketika kami terperangkap dalam senyap yang panjang.
Dia ketawa kecil, suara yang aku rindu. “Saya sihat, Abang Hazim. Sibuk sikit. Biasalah, hidup asrama. Abang pulak? Saya dengar restoran masih rancak.”
Wajah dia di bawah cahaya lampu malap kafe nampak lebih matang. Aku sedar, masa memang tak berhenti, cuma aku yang masih di tempat yang sama. Aku cuba senyum seperti dulu, tapi setiap senyum terasa seperti luka yang dibalut gula.
“Rancaklah jugak. Macam tu lah dapur restoran tu. Cuma aku rasa ada yang kurang bila waktu closing malam, dah kurang meriah sikit,” aku membalas, rasa perit itu aku telan bulat-bulat, merujuk kepada ketiadaan Fakhri.
Fakhri senyum kelat, mata dia sekejap memandang cawan kopi di atas meja. “Yalah. Dah tak ada runner yang power agaknya,” katanya ringkas, cuba meredakan ketegangan. “Abang nak order apa? Saya belanja.”
“Tak payah nak mengada. Kau tu student lagi, biar orang yang bekerja ni belanja kau. Ha, nak makan apa?” Aku menolak, cuba mengawal vibe yang sudah kembali tegang. Aku hanya memesan kopi untuk diri sendiri, dan Fakhri memesan hot chocolate.
Waktu pelayan membawa pesanan, aku mengambil peluang. Aku tak dapat menahan diri lagi.
“Seronok belajar kat sana?” aku tanya, cuba memulakan topik. “Rasa macam dah selesa sangat, sampai WhatsApp pun susah nak balas. Dah move on dari kitorang semua ke?” Aku tak dapat menahan diri daripada melontarkan soalan berlapik itu. Suara aku kedengaran lebih tenang daripada apa yang aku rasa.
Fakhri terhenti. Jari dia menguis tepi cawan hot chocolate itu perlahan. Matanya merenung wap panas yang naik ke udara sejenak. “Bukanlah macam tu, Bang Hazim. Saya cuma... sibuk. Kadang tak sempat pegang telefon pun. Tapi... terima kasih sebab abang still mesej saya.”
Dia elak mata aku. Jawapan 'sibuk' itu adalah jawapan standard, tapi aku faham. Aku tak paksa. Aku hanya angguk. Senyap sejenak di antara kami, yang terasa lebih tebal dari dulu. Aku cuba alihkan fokus, tidak mahu terus menekan.
“Okaylah. Kau ceritalah sikit, kat sana macam mana? Best tak study dengan kawan-kawan baru? Mesti dah lupa kitorang, asyik dengan budak-budak Pastry je kan sekarang?” aku cuba berjenaka lagi.
Kali ini, Fakhri senyum lebar. Senyum yang aku rindu.
“Mana boleh lupa! Tak mungkin saya akan lupa semua yang saya tinggalkan kat sini. Tapi kat sana memang seronok, Abang Hazim. Chef Mazlan tu garang, bang, tapi dia ajar buat puff pastry sampai saya rasa macam magic! Saya rasa, lepas ni saya boleh level up la skill Pastry saya ni.” Matanya bercahaya bila dia bercerita tentang dapur.
“Baguslah macam tu. Nanti next time balik sini, boleh buatkan dessert untuk aku. Kadang-kadang aku bosan jugak dengan dessert Odah tu,” selorohku.
Fakhri ketawa lagi. “Mestilah boleh. Kalau saya dah power sikit nanti, abang request je nak apa, saya buatkan punya lah.” 82Please respect copyright.PENANA7Jxzn3djHX
Aku senyum, tetapi ada getaran kecil dalam diri. Aku cemburu melihat passion dan keyakinan barunya.
“Kawan-kawan semua okey? Ada yang satu kepala tak?” aku cuba mengalih topik ke perkara yang lebih sensitif.
“Alhamdulillah, semua baik bang. Roommate saya, Aiman, dia kelakar orangnya. Kami sekelas. Dia memang selalu nervous lebih bila kelas amali. Bila Chef suruh kami buat plating atau product presentation, dia punya gelagat kelam-kabut tu yang buat satu kelas terhibur! Kami selalu belajar sampai tengah malam, dah macam adik-beradik,”
Aku hanya mampu memandang Fakhri. Aku tidak tahu bagaimana nak membalas. Kata-kata 'adik-beradik' itu terasa panas di telinga aku. Dah macam adik-beradik. Kami pun macam adik-beradik, dulu. Aku mengangguk perlahan, senyum nipis yang terasa tegang di wajah.
“Baguslah kalau macam tu,” kataku, suaraku sedikit mendatar. “Kau tak adalah rasa sunyi sangat kat sana.”
TAPI DI DALAM HATI AKU, RIBUT.
Aku cemburu dengan pastri, aku cemburu dengan Aiman, aku cemburu dengan Chef Mazlan. Kerana mereka semua kini mengisi ruang yang dulunya aku kuasai.
Tak banyak yang berubah pada dia. Dia tetap Fakhri. Tapi banyak yang hilang dalam aku. Aku kehilangan peranan aku. Dulu, aku adalah 'dunia' dan tempat dia berkongsi. Sekarang, dia punya dunia baru, dan aku hanya sebahagian kenangannya di Seremban.
“Uii bang.. kenapa senyap? Mengelamun apa tu?” Fakhri tiba-tiba bersuara, memecah kan lamunan aku. Aku tak pasti bila dia berhenti bercerita. Dia memandang aku, pandangan yang tulus.
"Takdalah. Aku dengar. Tengok kau gembira macam ni, lega sikit aku,” kataku perlahan, mataku memandang Fakhri. “Aku rasa bersalah tak sempat nak tolong kau lebih dulu.”
Fakhri menggeleng, senyum tipis. “Abang dah tolong saya banyak, lebih daripada cukup.” katanya, suaranya kini kembali tenang. “Semua yang saya capai sekarang, hasil daripada apa yang saya belajar kat dapur restoran tu, dan dari abang.”
“Cuma, Bang Hazim,” Fakhri menyambung, memandang aku seketika, sebelum pandangannya jatuh ke cawan hot chocolate yang sisa. “Saya harap abang pun gembira, dan teruskan hidup macam biasa walaupun tanpa saya di Seremban ni.”
Aku tidak membalas. Aku hanya mengangguk kecil, anggukan yang aku harap nampak tenang. Tetapi di dalam dada, ada rasa pedih yang datang secara tiba-tiba. Kata-katanya itu merobek perlahan. Seolah-olah Fakhri telah menetapkan sempadan terakhir. Dia sudah melepaskan kami, dan kini dia menyuruh aku untuk melakukan perkara yang sama.
Kami terus duduk di sana. Selepas itu, perbualan kami bertukar ringan. Fakhri bertanya tentang Sally, Odah, dan Syidi. Aku pula bertanya tentang kesibukan pengajiannya, bukan lagi tentang rakan-rakan sekelas, tetapi tentang jadual, assignment dan target masa depannya. Sempat juga kami berborak tentang siri game terbaharu dan filem yang kami terlepas. Walaupun topik kami biasa, setiap perkataan yang keluar dari mulutnya terasa mahal dan bermakna. Kami cuba mengisi jurang lima bulan dengan bual bicara santai yang tidak dibuat-buat, enggan membiarkan sunyi itu kembali menguasai.
Kami berbual sampai jam sudah menunjukkan pukul 12.30 pagi. Fakhri mengeliat, mula menunjukkan tanda penat.
“Saya kena balik ni, Bang Hazim. Nanti mak bising pulak.”
“Dah lewat sangat ni,” aku pantas memotong. “Kau tumpang tidur kat rumah aku jelah. Bukannya kau tak pernah tidur sini. Macam dulu-dulu.”
Fakhri teragak-agak sejenak, tapi angguk perlahan. “Tak menyusahkan abang ke?”
“Jangan mengada,” aku senyum, senyuman yang penuh makna. Usai membayar minuman tadi, kami tinggalkan kafe yang kini sudah kosong.
Sesampai di rumah, aku nyalakan lampu ruang tamu dan minta Fakhri tunggu sebentar. Aku terus masuk ke bilik mengemas dan menyediakan tempat tidur untuk kami. Selepas selesai membentangkan tilam dan bantal bujang di atas lantai, aku kembali ke ruang tamu. Fakhri sedang leka melihat isi rak buku di situ.
“Dah selesai. Jomlah masuk. Ke nak baca buku dulu?” aku bertanya, cuba menyembunyikan getaran keterujaan dalam dada.
“Takdalah, Bang Hazim,” jawab Fakhri, suaranya lesu. “Saya cuma tengok-tengok. Dah ngantuk sangat ni.”
“Nak basuh muka dulu? Ke nak terus terbungkang?” aku bertanya lagi.
“Nak basuh muka kejap, Bang Hazim,” jawab Fakhri, suaranya lesu. Dia membetulkan tilam dan bantal bujang di atas lantai.
Dia keluar sebentar ke tandas, dan tak lama kemudian, dia kembali. Badannya direbahkan ke tilam bujang, mata mula terpejam sebelum sempat aku padamkan lampu. Lampu malap dari koridor menembus langsir nipis. Aku baring di sebelah, seperti dulu. Hanya kali ini, sunyi yang memisahkan kami terasa lebih tebal.
Dalam cahaya samar dari tingkap, aku pandang wajah yang pernah isi seluruh sudut hari-hari aku. Nafas dia naik turun perlahan, seperti alunan zikir yang menenangkan. Jari aku terangkat sedikit, nyaris menyentuh rambutnya. Tapi aku tahan, seperti biasa.
Namun dia berpaling.
Lengan dia melingkar ke pinggang aku. Dadanya bersandar ke sisi tubuhku. Pelukan spontan, tanpa sedar. Mungkin kerana terlalu biasa, mungkin kerana dia tahu aku masih di situ, menjadi sauh ketenangan yang dia perlukan.
Dan waktu itu... dunia seperti berhenti.
Aku tidak bergerak. Aku tak tahu apa yang perlu aku buat. Menerima pelukan ini bermakna aku melanggar batasan yang aku simpan. Menolak pelukan ini bermakna aku menolak keselesaan yang Fakhri cari.
Selama ini aku fikir aku kuat. Tapi waktu tubuhnya menyandar di sisi aku, semua dinding yang aku bina runtuh dengan satu hembusan nafasnya.
Aku cuma memejam mata, membiarkan air mata yang aku tahan sejak berbulan lalu turun perlahan. Tidak kerana bersalah, tetapi kerana terlalu sayang. Sayang yang tulus, yang tak mengharapkan balasan. Dalam diam, aku peluk balik. Lengan aku membalas pelukan dia, memeluknya kemas.
Hati aku seperti disiat, tapi aku relakan. Aku biarkan kesakitan ini menjadi bukti bahawa kasih aku bukan mainan. Bukan untuk memiliki, tapi untuk melepaskan dengan cara yang lebih lembut.
Dalam pelukan itu, aku minta Tuhan simpan dia. Simpan rindu aku. Simpan segala yang aku tak mampu ucapkan. Aku cium ubun-ubun dia perlahan. Bukan untuk dia rasa, tapi untuk aku tahu, aku pernah punya dunia itu walau seketika.
* * * * * * * * * * * * * * * * *
82Please respect copyright.PENANAr0htuTQCq3
82Please respect copyright.PENANAaqtrTw4qgd
Fakhri, Mei 2015
Malam makin larut. Aku baring atas tilam lipat yang dia bentang. Lampu sudah padam. Sunyi. Aku cuba tidur, tapi minda aku terlalu aktif. Aku tahu aku telah melukakan dia dengan kebisuan aku, dan mungkin subjek Pastry dan cerita Aiman tidak cukup untuk menampal jarak yang aku cipta.
Aku terlena sebentar. Tapi entah macam mana... bila aku sedar semula dalam samar cahaya dari tingkap, aku rasa tubuh aku bergerak sendiri. Ia adalah reaksi autopilot kepada tempat selamat.82Please respect copyright.PENANAJqXGixVRQR
Tanpa fikir panjang, lengan aku melingkar ke pinggangnya. Dadaku bersandar ke sisi tubuhnya. Aku mencari kehangatan yang hilang di asrama.82Please respect copyright.PENANAPz7XqxNf8m
Aku tak pasti kenapa aku buat begitu. Mungkin sebab rindu, tapi rindu pada keselesaan itu. Mungkin sebab terlalu biasa dengan kehadirannya yang sentiasa menjamin keselamatan. Mungkin sebab jauh di sudut hati, aku tahu, hanya malam itu saja kami ada sebelum aku kembali membina dinding semula.
Dan aku tak sangka, dia tak menolak. Beberapa saat kemudian, aku rasa hangat pelukan dia menyambut balik. Tenang. Tapi ada getar kecil pada lengannya. Getar yang memberitahu aku betapa kuatnya dia menahan perasaan selama ini.
Aku sedar, dalam pelukan itu bukan cinta yang aku cari, tapi kelegaan. Aku bukan ingin dimiliki, aku cuma ingin dikenang.
Aku pejam mata. Cuba buang semua soalan yang mula timbul dalam kepala. Pelukan ini bukan tentang cinta. Ia adalah pelukan perpisahan terakhir yang aku perlukan sebelum aku kembali ke dunia aku.
Aku tak peduli sama ada dia berjaga atau tertidur. Tapi bila aku rasa nafasnya makin dalam, aku tahu dia sedang memeluk kenangan itu lebih erat dari aku.
Malam itu... aku tertidur dalam pelukan yang tak dijanjikan.
* * * * * * * * * * * * * * * * *
82Please respect copyright.PENANAgDjhjydmFS
82Please respect copyright.PENANArcaozFGVHW
Hazim, Mei 2015
Esoknya, kami bangun awal. Mata aku sedikit bengkak, tapi aku yakin dia tak perasan. Kami sarapan seperti biasa, roti bakar dan kopi segera. Berbual seperti tiada apa yang berlaku malam tadi. Kami sama-sama memilih untuk mengabaikan pelanggaran batas itu.
Waktu dia hendak pulang semula ke rumah keluarganya, aku berdiri di muka pintu. Aku tak berani peluk dia lagi. Aku hulur tangan untuk bersalam. Tangan dia menyambut, sentuhan kami ringkas, formal. Aku takut kalau aku sentuh lebih lama, aku tak boleh lepaskan.
“Aku harap kau seronok kat sana. Fokus dengan pengajian kau tu,” aku cuba berkata tenang.82Please respect copyright.PENANAojXwqQMMaL
Dia angguk, membetulkan beg galas. 82Please respect copyright.PENANA6AQdwh2QCi
“Saya harap abang pun begitu,” katanya.
Dan saat itu, aku tahu ini adalah peluang terakhir aku. Aku terpaksa berkata sesuatu yang menyakitkan untuk menyelamatkan diri aku.
“Mungkin... bila kau balik cuti nanti, aku dah tak ada kat sini.”
Dia pandang aku. Keningnya sedikit berkerut, tapi matanya tidak terkejut. Dia nampak sugul, seperti dia sudah menjangkakan perkara ini.
“Kalau tu yang terbaik untuk abang... saya doakan.”82Please respect copyright.PENANAcXttG912rF
Dan aku... hanya mampu angguk. Anggukan yang membunuh aku sendiri. 82Please respect copyright.PENANAsAwVVZzHet
Sebab waktu itu, aku menunggu. Aku menunggu dia terkejut. Aku menunggu dia tanya, ‘Kenapa? Abang nak pergi mana?’ Aku tunggu dia merayu, walau hanya sedikit. Kata-kata aku itu bukan janji. Ia adalah rayuan terakhir aku. Aku sedang hulurkan peluang terakhir kepada Fakhri untuk memecahkan benteng yang dia bina. Aku harap dia akan tarik balik batas yang dia cipta, aku harap dia akan beri aku satu alasan, satu isyarat untuk aku kekal dan terus berharap.
Tapi dia hanya angguk. Dia faham. Dia biarkan aku pergi.
Dan waktu itu, semua harapan dalam dada aku runtuh. Kata-kata aku bukan ultimatum untuk dia, tetapi adalah janji pahit untuk diri aku sendiri.
Ada kata-kata yang hampir terlepas dari kerongkong, tapi patah di tengah jalan. ‘Aku nak kau tahu, aku sanggup tunggu!’ Ada rasa yang mendesak untuk aku luahkan, tapi logik dan rasa sedar diri menahan aku.
Aku nak sangat cakap, ‘Jangan pergi lagi... Aku perlukan kau!’
Tapi semua itu, hanya kekal di dada. Hanya kekal di fikiran aku.
Aku tengok dia berpaling. Langkah dia biasa, wajah dia tenang. Tapi belakang itu... belakang yang menjauh itu seperti bawa pergi seluruh nadi aku yang pernah hidup. Langkahnya menjauh, tapi bunyi tapak kakinya masih tinggal dalam kepala aku, seperti gema doa yang tak pernah sempat diaminkan.
Aku berdiri kaku di muka pintu, memerhati belakangnya yang semakin mengecil. Aku membiarkan rangka pintu menjadi bingkai yang mengunci semua kenangan kami, sejak kali pertama aku melihat dia di restoran, hinggalah malam tadi. Dengan satu nafas panjang yang perit, aku memejam mata. Aku menolak pintu itu perlahan-lahan. Bunyi pintu yang ditutup rapat bergema di ruang tamu, umpama bunyi penamat yang mutlak kepada perjalanan kami berdua.
Mungkin, itu adalah perpisahan sebenar. Perpisahan tanpa janji, hanya kesepian yang baru dan lebih tebal yang menanti di ruang sekecil bilik sewa itu.
82Please respect copyright.PENANAlpADnoTi7h
82Please respect copyright.PENANAPiLNfq5pUU


