SAMPAI DIRUMAH LELAKI TADI.
Mimi minta izin untuk mandi dan lelaki tadi menunjukkan bilik untuk kegunaan Mimi dan bilik air. Oleh kerana Mimi tidak membawa pakaian, lelaki tadi memberikan Mimi tshirt dan seluar track miliknya.
"ni baju tshirt lengan panjang and seluar track, nanti salin lah baju yang awak pakai tu. bilik air ada dalam bilik yang awak guna tu, saya pun nak mandi juga ni dekat dalam bilik saya. Ha.. lepas tu kalau penat, rehat² jelah okey." kata lelaki tadi.
Mimi mengangguk faham dan terus masuk ke dalam biliknya. Mimi mencapai tuala dan masuk kedalam bilik air untuk membersihkan dirinya. Setelah siap mandi, Mimi memakai baju dan seluar yang diberikan oleh lelaki tadi.
Mimi terdengar bunyi suara tv di ruangtamu, dan sudah pasti lelaki tadi berada disana. Mimi serbasalah mahu berehat saja dibilik, dia memutuskan untuk keluar ke ruangtamu.
"eh? ingatkan rehat². takpela kalau penat rehat je takdehal lah, jangan serbasalah." kata lelaki tadi.
"erm tak boleh tidur." kata Mimi
"erm kalau macamtu duduklah" kata lelaki tadi.
"okey terimakasih" kata Mimi
"so apa perancangan awak esok ? selepas siap kereta awak?" tanya lelaki itu
"saya rasa maybe saya nak balik kat pangkuan family saya. esok jugak kot saya nak balik, saya nak balik secepat yang mungkin" kata Mimi
"nak balik sekarang? saya boleh hantar" kata lelaki tadi
"eh taklah, esoklah tunggu kereta saya siap. saya taknak susahkan awak. banyak dah terhutang budi dengan awak." kata Mimi
"takde apa sangatlah" kata lelaki tadi.
Mereka saling berpandangan.
"awak ni tabah betul ye? kes harini.." kata lelaki tadi
"hmph, saya redho je. hati saya terus mati rasa. biarlah saya malas nak fikir." kata Mimi
"yela. so your family macamana? kedua parent still ada? and sihat?" tanya lelaki tadi.
"alhamdulillah masih ada dan masih sihat lagi." kata Mimi
"good ah macamtu" kata lelaki tadi.
"oh kejap eh. saya lupa, saya nak call mama saya pasal benda ni sebelum si tak guna tu buruk²kan saya dekat family saya" kata Mimi
"okey silakan" kata lelaki tadi sambung menonton tv.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"hello ma.. ada Irfan call mama tak?" Mimi menelefon Kaknia
"takde, kenapa kak?" tanya Kaknia
"mama, kitorang eksiden tadi, langgar belakang kereta orang. kereta akak tak boleh jalan tadi tangki air pecah" kata Mimi
"habistu? kamu ok tak? kamu luka ke? cedera ke? suami kamu macamana?" tanya Kaknia mula risau.
"akak okey je, akak takde apa² pun. bukan eksiden dekat atas jalan. dekat kawasan parking je, tapi tertekan minyak kuat so berlanggar kereta la teruk sikit." kata Mimi
"suami kamu okay?" tanya Kaknia
"Irfan patah hidung kot, berdarah hidungnya" kata Mimi
"macamana kamu boleh cakap kot? suami kamu tu, kamu takde dengan dia ke? kak.. gaduh macamanapun saat macamni beralah sikit turunkan ego tu, tolong suami kamu tu.." bebel Kaknia
"tunggulah akak habis cakap dulu ma" kata Mimi
"haish siapa yang bawa kereta? kamu ke Mimi? macamana boleh berlanggar macamtu?" bebel Kaknia.
"erm Irfan yang bawak ma, ada gaduh sikit tadi. entah macamana Irfan tertekan minyak langgar belakang kereta orang." kata Mimi
"Yaris kamu ke saga Irfan?" tanya Kaknia
"Yaris.. erm ma.. sebenarnya Irfan ceraikan akak tadi waktu lepas berlanggar kereta tu. Irfan lempang akak, ma. Irfan cakap semua kejadian tu salah akak, padahal dia ada main perempuan lain ma. Tadi juga kantoi, sebabtulah bergaduh sikit." kata Mimi mula menitiskan airmatanya.
"astaghfirullah, habistu kamu dekat mana sekarang?" tanya Kaknia
"akak tumpang rumah orang yang kereta dia kena langgar tadi, dia tolong repairkan kereta akak. siap dah tadi cuma ada 1 paip bocor so nak siapkan esok sebab kedai dah tutup" kata Mimi
"nak mama jemput tak?" tanya Kaknia
"takpela, esok akak balik bawa kereta akak" kata Mimi
"macamana boleh jadi macamni kak?" tanya Kaknia
"Irfan langgan khidmat FWB sebabtulah beberapa bulan ni duit dia asyik tak cukup, lepastu tadi kantoi dengan akak. dia ceraikan akak tadi and dia cakap dia taknak tanggung kerugian repair kereta orang tu and kereta akak. dia lari macamtu je. pasal dia berdarah hidung tu sebab kena pukul, dia lempang akak tengking² akak tengah orang ramai." kata Mimi
"haih, yela. boleh Mama nak cakap dengan orang yang tolong kamu tu?" tanya Kaknia
"okey jap" kata Mimi sambil menghulurkan telefonnya pada lelaki tadi.
"mama saya nak cakap." kata Mimi
Lelaki tadi bangun dan bercakap sedikit jauh dari Mimi.
"hello" kata lelaki itu
"hello, terimakasih banyak ye tolong anak saya, maaf banyak² menyusahkan awak. saya akan gantirugi semua kos dan saya akan bayar ganti rugi kereta awak tu ye. nanti bagitahu awak nak berapa ye" kata Kaknia
"eh takpelaa Kakni... ehh, ermm takpe2 makcik takdehal lah tu." kata lelaki tadi
"Aman???..awak Aman kan? mengaku jelah Aman, dari awak cakap hello tadi pun Kaknia dah cam suara awak." kata Kaknia
"erkk.. cam eh.. hehehe, Kaknia sehat?" tanya Aman
"sehat Man... kamu macamana? lama menghilangkan diri" kata Kaknia
"sehat juga Kaknia, oh ha pasal Mimi tu jangan risaulah. dia okey je dengan saya ni, so esok siap kereta dia saya suruh lah dia balik kesana ye. pasal kereta tu xperlu risau lah sikit je tu" kata Aman
"terimakasih Aman tolong tengokkan Mimi tu" kata Kaknia.
ns 172.70.131.183da2