SETAHUN BERLALU..
Aman menghilangkan diri selepas perkahwinan Mimi dan Irfan. Dia telah menukar nombor telefonnya dan tidak dapat dihubungi oleh Kaknia, Mimi dan Faris.
Faris masih lagi berkhidmat bersama Kaknia walaupun jiwa yang dikatakannya tiada disana. Faris tiada keberanian untuk mencari kerja lain dan memaksa dirinya berkhidmat bersama Kaknia.
Mimi kini menetap di Kuala Lumpur bersama suaminya dan masih belum dikurniakan anak. Oleh kerana kos sara hidup yang tinggi, Mimi terpaksa bekerja kembali.
________________________________________
Suatu Hari, Mimi diarahkan untuk menyertai site visit di satu tapak di Perak.
Mimi memberitahu suaminya dan bersedia untuk berangkat ke Perak seorang diri kerana pekerja-pekerja yang lain sudah berada disana.
Mimi bertolak lebih kurang jam 12 tengahari dari Kuala Lumpur membawa kereta Saga Flx suaminya. Memandangkan kawasan site perlu melalui tanah merah yang agak teruk, Mimi terpaksa meletakkan keretanya di bahu jalan dan meminta pekerja yang lain menjemputnya menaiki Hilux.
Jam 4 petang Mimi tiba dikawasan tapak pembinaan, cuaca yang agak panas pada hari itu membuatkan Mimi agak kelelahan. Setelah membuat perbincangan dan mencapai kesepakatan yang sama, pekerja yang lain membawa Hilux membawa pekerja asing untuk pulang.
2 biji Hilux sudah penuh muatan membawa pekerja asing dan terus meninggalkan kawasan site. Sambil meninjau kawasan tapak pembinaan, Mimi terpinga-pinga bila mendapati dia ditinggalkan oleh rakan kerjanya.
Mimi melihat jam ditangannya menunjukkan pukul 5.15 petang dan menadapati tinggal 1 lori sahaja lagi yang belum bergerak dan mungkin boleh ditumpangnya hingga ke jalanraya.
Mimi berlari sekuat hati menuju ke lori yang parking agak jauh di bawah pokok.
"bang... bang... boleh tumpang tak sampai ke jalanraya?" tanya Mimi
"ha..haa.. boleh.. boleh.. naik lah." kata pemandu lori tersebut.
"terimakasih bang.. fuh... panasnya lah harini... kawan² saya semua tinggalkan saya, haishh..." kata Mimi sambil mengelap peluhnya menggunakan tisu yang dikeluarkan dari beg tangannya.
Tanpa disedari Mimi, sebenarnya dia diperhatikan oleh pemandu lori tersebut. Pemandu lori itu kerapkali melihat Mimi. Sekitar dua ke tiga minit memandu melalui jalan tanah merah, tiba-tiba hujan turun selebat-lebatnya.
"eh hujan lebat sangat ni. harap-harap sempatlah sampai ke jalan sana." kata pemandu lori
"kenapa?" tanya Mimi risau
"jalan macamni kalau hujan lebat macamni, tanah jadi lembik. takut sangkut je. waktu kering pun sangkut² jalan ni, kalau hujan lebat macamni, harap takde apa lah" kata pemandu lori.
Hujan amat lebat dan pemandangan dari windscreen lori mula terbatas. Pemandu lori mengelap cerminnya menggunakan kain tuala kecil.
"aduii jalan lopak² dah ada air ni, mana satu lubang dalam pun tak perasan ni. doa lah banyak² harap tak sangkut lah kita ni. kalau sangkut memang jem lah, line telefon pun tak ada sini" kata pemandu lori itu.
Mimi mengeluarkan telefonnya dan diperiksa line telefonnya kosong.
"harap-harap lepas lah ye.." kata Mimi
_______________________________________
TIBA-TIBA...
Lori terasa berat untuk menuju ke depan.
*vrrooommmmmm...vroooooommmm..vrooomm..
Lori tersekat didalam selut yang agak dalam. Pemandu itu menekan perlahan minyak supaya putaran tayar tidak mengorek lubang semakin dalam, tetapi tidak berjaya. Dia cuba mengundurkan lorinya tetapi masih juga tidak berjaya.
"weh sangkut ke? serius lah.. jauh lagi ke nak sampai ke jalan raya tu?" tanya Mimi
"lebih kurang 30 minit lagi kalau naik lori." kata pemandu lori itu
"sekarang macamana?" tanya Mimi
"takpa lah, cik tunggu sekejap. karang saya try korek tempat tayar tu. tunggu reda sikit hujan ni ye" kata pemandu lori itu.
"haish.. line takde, sangkut pulak tengah hutan macamni, hari hujan lagi.. hmph.. apalah nasib harini.." keluh Mimi
"sabar lah cik, biasalah macamnilah nasib kitorang bawa jentera berat ni cik. nak taknak ke hadap jela" kata pemandu lori
"yang awak ni pakai topi koboi lepastu berspek hitam bertopeng mask tutup muka je ni kenapa? tak rimas ke?" tanya Mimi
"sajeje cik.." kata pemandu lori.
________________________________________
Jam 6.30 petang, hujan sudah mula renyai. Pemandu lori segera turun dari lori untuk membuat jalan laluan tayar lorinya yang tersangkut. Pemandu itu mengeluarkan cangkul dan bertungkus lumus mengorek lubang.
Mimi berasa serbasalah tidak menolong dan berfikir untuk menolong supaya dapat mempercepatkan mereka keluar dari kawasan hutan itu kerana tidak lama lagi suasana akan menjadi gelap.
Mimi membuka pintu lalu turun ke tanah, tanpa di sedarinya sebaik kedua kakinya landing ditanah. Ternyata tanah yang dipijaknya adalah tanah lembik dan menyebabkan dia terjerlus hingga ke paras lutut.
"aaaaarhhhhhhhhhhhhhh..!!!!" Mimi terjerit
Pemandu yang mendengar suara Mimi segera mendekati Mimi.
"kenapa? kenapa cik?" tanya pemandu lori
"ni...." mimi menunjukkan pada pemandu bahawa kakinya sudah terjerlus ke dalam lecah.
Pemandu itu menghulurkan tangannya untuk menarik Mimi keluar dari kawasan lecah itu. Sebaik sahaja Mimi keluar dari lecah, pemandu lori itu menawarkan Mimi 1 tong air bersih untuk mencuci kaki Mimi yang kotor.
Selang beberapa minit, hujan turun lagi dengan selebat-lebatnya. Pemandu lori sudah basah lejut dan Mimi memanggil supaya masuk kembali didalam lori.
"takpelah bang, nak buat macamana. tunggu esok jela. hari pun dah senja ni, lagipun bahaya kan buat kerja malam² tengah hutan pulak ni" kata Mimi
"yelah cik.." kata Pemandu lori tersebut.
245Please respect copyright.PENANAMnWovNfsgZ