SEBULAN BERLALU.
"kak, sebulan lagi kenduri kamu dengan Irfan. mama dah start jemput tetamu ni, mama nak tanya. kamu setuju tak kalau mama jemput Aman?" tanya Kaknia
"erm jemput jela mama." kata Mimi
"okey.." jawab Kaknia
_______________________________________
*Assalamualaikum Aman, sihat? Kaknia nak jemput awak ke majlis perkahwinan anak sulung Kaknia ni. Bertarikh 1x/xx/202x, bertempat di dewan orang ramai taman perumahan Kaknia.* Kaknia whatsapp Aman
*wsalam Kaknia.. wah nak kawin dah Mimi ye, tahniah². terimakasih atas jemputan, saya datang nanti, kalau tak jemput pun saya tetap datang jugak.. ahaha* balas Aman.
________________________________________
HARI MAJLIS PERKAHWINAN MIMI.
Majlis berjalan lancar dengan meriah sekali. Faris dan seorang rakannya yang bekerja bersama Kaknia ditugaskan untuk menyambut tetamu dan mengedarkan goodies.
JAM 3 PETANG, kelihatan Aman baru tiba di majlis perkahwinan Mimi dan Irfan.
"weyy Aman, lama tak nampak. kerja ke harini?" tanya Faris
"weyy.. sorry lambat sikit, aku ada kerja tadi. ha'ah aku kerja sekarang" kata Aman
"kau kerja apa sekarang?" tanya Faris
"aku bawak lori je, ikut² orang. tadi lori aku rosak, radiator pecah tu lambat sikit tu datang." kata Aman
"pergh radiator pecah pun datang jugak ek?" kata Faris
"weh mestilah datang, kalau aku terpaksa jalan kaki pun aku akan datang jugak. Mimi kawinkan sekali seumur hidup, bukan setahun sekali.. hahaha.." gelak Aman
"betul jugak ek." jawab Faris
Kelihatan Kaknia yang sedang sibuk melayan saudaramara berdiri dan ternampak Aman berada berdekatan Faris. Kaknia segera meninggalkan saudaramaranya dan mendekati Aman.
"Aman? sihat Aman? sorang je ke?" tanya Kaknia
"sihat.. Kaknia sihat? cantik pakai harini..hehehe" tanya Aman
"Kaknia sihat.. eee ada-ada jelah kamu tu. dah makan? kalau belum pergi ambil makanan, makan dulu" kata Kaknia
"okey², yang lain dah makan ke? kalau belum jom lah sekali" kata Aman
"eh dah siap dah pergilah makan, ambil nasi duduk sini kita borak² sini" kata Faris
"okey jap, aku ambil nasi jap" kata Aman.
Ketika Aman berjalan menuju ke meja makanan, kelihatan BangMi sedang duduk berbual rancak bergelak sakan. Saat BangMi ternampak muka Aman, reaksinya seakan marah dan sedikit segan.
Muka BangMi sedikit berkerut dan menegur Aman, " sorang je? pergi makan" kata BangMi
Aman menghulurkan tangannya bersalaman dengan BangMi, " sorang je, ha'ah nak ambil nasi. tahniah BangMi" kata Aman.
"hmmph.. ye.. terimakasih" BangMi menjawab lalu terus menyapa tetamu yang lain.
_______________________________________
SEBAIK AMAN MENDAPATKAN MAKANANNYA, AMAN DUDUK DIMEJA BERSAMA FARIS.
"weh best tak bawa lori?" tanya Faris
"boleh lah, kenapa?" tanya Aman
"aku sebenarnya takde jiwa dah kerja dengan Kaknia ni. aku penat dah." kata Faris
"kenapa?" tanya Aman sambil makan.
"takdela, kerja² kau dulu semua aku kena buat dah sekarang. penat gile weh, gaji tak naik-naik. cakap nak bubar gaji anak-anak, tapi tak buat pun. anak² datang kedai sekarang gaji anak lagi tinggi dari gaji aku." keluh Faris.
"takpela dah nak buat macamana, bertabah jela" jawab Aman.
"ada job kosong, bagitahu aku eh? aku nak berhenti ni" kata Faris
"kalau nak berhenti, kau cari dulu kerja baru. dah konfirm dapat baru berhenti, kalau berhenti dulu, susah nanti" kata Aman
"yela. nanti aku cari. aku betul² tak larat ganti tempat kau, sekarang baru aku rasa apa yang kau rasa. aku kena dah khianat dengan anak dia yang nombor dua tu. rasa macam gampang tahu tak? aku dah siapkan barang delivery, dapat kat abangah tu pergi hantar yang lain pastu pakai alasan ayah dia suruh. lepastu customer marah kita, bukan dia. dia dah sedap dapat duit delivery duit gaji. bangsat betul" bebel Faris
"takpelah sabar jela. ujian tempat kerja kan. nak buat macamana" kata Aman
"aku dah cakap kat family aku, aku nak berhenti tapi aku tak tahu macamana nak cakap dekat Kaknia. kesian pulak rasa, serbasalah pun ada" kata Faris.
"stay je mana tahu naik gaji" kata Aman.
"memang tak naik lah selagi pekerja ramai, ni Mimi dah kahwin. ntah-ntah nanti sekali laki dia kerja sana" kata Faris.
"yela. bincang elok² lah kalau nak berhenti pun" kata Aman.
"Aman, kau masuk semula lah kerja dengan Kaknia. Aku betul² berharap ni, keluarga Kaknia pun berharap kau masuk semula" kata Faris
"ahaa.. maybe tak kot. aku takkan kot, cukuplah aku berkhidmat hampir 4 tahun lebih dengan diorang." kata Aman
________________________________________
SETELAH SELESAI MAKAN.
Aman mendekati Mimi dan pasangannya yang sedang sibuk bergambar.
"eh Aman? sorang je? wehh tq tauu sebab sudi datang. aku appreciate sangat²" kata Mimi
"yupp sorang.. sorry lambat ada hal sikit tadi" kata Aman
"weyh takpe janji kau datang.. tq lagi sekali" kata Mimi sambil mengeluarkan airmata.
"weyy jangan nangis rosak makeup" kata Aman
Mimi tersenyum lalu mendapatkan pembantunya untuk mengesat airmatanya.
Aman mengambil kesempatan bergambar bersama Mimi dan pasangannya sebelum mereka keluar untuk sesi outdoor photoshoot.
Aman bertemu kembali bersama Faris. Kaknia mendekati Aman dan bercerita mengenai goodies mereka banyak lebihan dan berbual seolah Aman masih lagi pekerjanya.
Seorang saudara Kaknia juga mendekati Aman dan Kaknia. Saudara Kaknia mengetahui bahawa Aman adalah pekerja harapan Kaknia pada waktu dulu.
"Aman, nak buat apa eh dengan goodies ni banyak²? ramai tetamu dah balik ni" tanya Kaknia
"Kaknia bawa pergi kedai, nanti orang beli barang. Kaknia bagi sebagai freegift. so takdelah membazir and taklah buang macamtu je." kata Aman
"eee awak ni kan Aman, ada saja ideanya" jawab Kaknia.
Kaknia tersenyum melihat Aman dan memerhatikan Aman pulang berjalan menuju ke lori yang dibawanya.
"tu pekerja lama awak kan Nia?" tanya saudara Kaknia
"ye.." jawab Kaknia
"dengar cerita dia berhenti bukan cara yang baik, tapi berani dia datang eh?" tanya saudara Kaknia
"yea.. dia bergaduh dengan BangMi je, dulu Nia pun agak marah and kecewa juga dengan dia. tapi lepas tahu cerita sebenar, Nia and BangMi jadi segan dengan Aman tu. tapi Aman tu okey je, dia cakap dia selalu anggap kami ni macam family dia juga" kata Kaknia.
"bagus ek dia tu." kata saudara Kaknia.
"bagus sangat Aman tu.. tapi tulah masa takkan dapat diputarkan kembali" kata Kaknia
ns 172.70.131.152da2