Jam 8pagi, Aman sampai ke cafe yang diberi lokasi oleh Mimi.
"lain macam tempat ni, tempat mahal ni. nak masuk ke tak ek." Aman ragu-ragu untuk masuk ke dalam cafe.
Kebetulan Mimi ternampak kelibat Aman, Mimi segera bangun dan pergi dekat Aman dihadapan pintu cafe.
"weii masuklah, yang kau tercegat dekat situ kenapa?" tanya Mimi
"aku takpernah masuk tempat² macamni, jom pergi mamak lah." kata Aman
"kau dengan bengong kau tu tak hilang lagi ke? jom jelah masuk" bebel Mimi
"yela-yela" Aman mengekori Mimi kearah meja mereka.
________________________________________
"er.. assalamualaikum KakNia. cantik harini, lama dah tak jumpa ek" kata Aman
"waalaikumussalam, ha Aman duduklah. kamu ni tak habis² lagi dengan mulut manis kamu tu?" tanya KakNia
"mana ada manis biasa-biasa aje. sihat semuanya?" tanya Aman
"sihat je Man.. Mama tu je rindu sangat kat ko" kata Mimi
"ahaha.. ha, ape pasal lah makan kat sini. aku tak pernah lagi makan sini tau, ni firsttime aku masuk tempat macamni. seram sejuk pun ade." kata Aman
"haish apalah ko ni, suruh cari awek taknak." kata Mimi
"kalau aku ade awek pun, aku tak bawak kesini. ni secawan mahu rm15. aku ni dah lama tanam anggur tak menjadi tahu tak, maybe baja aku beli tu tak berkesan untuk bandar ni. hahaha" gelak Aman.
"so tak kerja ke Aman?" tanya KakNia
"kerja tolong² orang macamtu lah KakNia, bukannya KakNia tak tahu. Bandar kita ni apa sangatlah kerja yang ada." kata Aman
"kalau macamtu, kerja dengan mama semula" kata Mimi
"ermph tak apalah, terimakasih aje lah" kata Aman
"kalau taknak kerja dengan mama, kau kerja dengan aku" kata Mimi
"mana mahu nya, kau kerja dengan mama kau jugak kan? sama je." kata Aman
"mana ada sama, kerja tempat yang sama tapi aku bayar kau pakai duit syarikat mama aku. hahaha.." gelak Mimi
"kau ni kan, lepas kahwin makin menjadi² mereng kau ek? dulu tak macamni sangat. pengaruh Faris ke hahaha." kata Aman
"ini bukan pengaruh si Faris lah Aman. ni pengaruh awak, ada awak ni lah si Mimi ni happening sikit." kata KakNia
"eleh.. ada ada je KakNia ni" kata Aman
"so macamana kahwin? best?" tanya Aman kepada Mimi
"eee takyahlah cakap pasal kawin, bosanlah cakap pasal tu. kita ada tujuan panggil ko kesini." kata Mimi
"tahu sebab apa.." kata Aman
Mimi dan KakNia masing-masing terkejut mendengar Aman mengatakan dia tahu alasan mereka berdua memanggil Aman untuk berjumpa.
"jadi kau dah tahu lah eh? erm erm. apa keputusan kau?" tanya Mimi
"tahu lah.. eh apa nak keputusan pulak ni?" tanya Aman
"ye ofcourse lah nak keputusan, takkan saja² je." kata Mimi
"aku tahu korang rindu aku kan, sebabtu ajak aku makan² ni. tapi apa kaitan dengan keputusan ni ahaha." gelak Aman
"eiii ko ni Aman, boleh tak jangan main-main. eii geram pulak aku ni" Mimi mengetap bibirnya
"hahaha.. chillek chillek" gelak Aman
"Aman, datang naik apa?" tanya KakNia
"naik satria" kata Aman
"boleh hantar KakNia balik kejap lagi?" tanya KakNia
"eh mama, balik dengan akak jela. kenapa suruh Aman hantar pulak?" tanya Mimi
"boleh ye Aman?" tanya KakNia
"aa.. boleh je KakNia" jawab Aman
Mimi memandang KakNia dengan kehairanan.
"erm tandas sini dekat mana eh? sejuk pulak pagi-pagi duduk dalam aircond ni" kata Aman
"ha dekat belah sana ada sign tulis toilet tu, ko pergi arah sana" Mimi menunjukkan arah
Sebaik sahaja Aman pergi ke tandas, Mimi menyoal mamanya.
"mama mimpi apa suruh Aman hantar?" tanya Mimi
"mama rasa kena slowtalk dengan Aman pasal nak ajak dia kerja semula dengan kita, biar mama cakap dengan dia nanti dalam kereta waktu berdua je. Nampak gayanya dia masih terasa hati and lelaki ni ada ego dia tersendiri. mama try pujuk dulu, kalau dia masih ragu-ragu awak try pulak nanti keluarlah dengan dia." kata KakNia.
"ouh, tula.. nampak reaksi dia tadi. ok ok akak faham" kata Mimi
"tapi kamu tu, Faris bagi tak nak keluar dengan Aman nanti?" tanya KakNia
"biarlah Faris tu, kita fikir sekarang kepentingan bisness Mama dulu. pasal Faris tu, pandailah akak handel nanti." kata Mimi
"okeylah kalau macamtu" kata KakNia
Tidak lama kemudian, Aman kembali ke meja makan. Mereka berbual kosong sambil bergurau senda seperti waktu dulu-dulu.
"haa.. tadi cakap ada tujuan panggil aku ke sini, so apa tujuannya? makanan dah habis ni, tak cakap lagi tujuannya" tanya Aman
"tujuannya, kitaorang saje nak belanja kau. lama dah tak gathering dengan kau" kata Mimi
"laaa.. susah-susah aje" kata Aman
"okey lah, aku nak kena gerak dulu. nanti kau hantar mama ke rumah kan? Akak balik dulu tau mama. bye" kata Mimi
________________________________________
KakNia dan Aman berjalan menuju ke kereta Aman.
"KakNia tak kesah ke naik kereta satria buruk saya ni? yela KakNia kan ada Hilux, ada Yaris. Saya bawak kereta lama je." kata Aman
"eeii awak jangan nak mengada eh Aman, awak lupa ke dulu-dulu KakNia selalu pinjam kereta awak ni waktu KakNia takde transport. KakNia tak kisah pun lah Aman" kata KakNia
"okey silakan masuk" kata Aman sambil membukakan pintu untuk KakNia
"terimakasih Aman" kata KakNia masuk kedalam kereta dan duduk di seat penumpang sebelah Aman.
"okey KakNia sama-sama." kata Aman sambil masuk duduk di seat pemandu.
"awak drive kita pergi area hospital boleh sekejap? KakNia ada hal sikit sekejap dekat sana." kata KakNia
"ooo..okey.. okey. boleh je KakNia" kata Aman
______________________________________
Aman memandu menuju ke lokasi yang diberitahu KakNia. Sesampai di lokasi, KakNia turun dari kereta dan berjumpa dengan seseorang sambil berbincang sesuatu. Aman hanya menunggu dari dalam kereta.
Aman memerhatikan sekeliling, melihat kawasan bangunan kedai. Saat Aman leka melihat sekeliling, matanya kembali mencari kelibat KakNia. Tetapi kelibat KakNia sudah tidak kelihatan. Tiba-tiba telefon Aman berbunyi.
*ringg..ringgg*
"hello Aman, KakNia nak minta tolong sikit boleh? awak matikan dulu enjin kereta awak tu. nak minta ambil barang dekat belakang kedai ni, ada satu lorong naik tingkat atas. kalau awak perasan dengan orang yang KakNia borak tadi, dia ada kat bawah. tanya dia nak naik dekat mana" kata KakNia
"okey KakNia. sekejap saya sampai" kata Aman
ns 172.70.178.205da2