Bab 10 - Buku Api Kilat Dewata
688Please respect copyright.PENANAoXGohmXhoE
Melihat pastri dan kuih muih yang dijamu sehingga licin oleh Nie Li, Du Ze dan Lu Piao, anak-anak bangsawan itu berasa tertekan dan patah hati. Mengapa mereka tidak mendapat layanan sedemikian?
Xiao Ning'er juga makan beberapa keping pastri. Memerhatikan dia makan dengan santai adalah pemandangan yang menyenangkan hati dan menggembirakan mata.
Selepas berbual dengan Nie Li buat seketika, Xiao Ning'er kembali ke tempat duduknya.
688Please respect copyright.PENANAYscWu6YqMy
Lu Piao menepuk bahu Nie Li, mengenyitkan matanya, dan bertanya, "Sejak bila awak berkawan dengan dewi Ning'er kita? Jelaskan pada kami."
Nie Li mengangkat bahu, "Kami hanya kawan biasa!"
"Ceh, siapa percaya!"
Sama ada Du Ze atau Lu Piao, kedua-duanya memandang Nie Li seakan tidak percaya.
"Kalau awak cuma kawan biasa, kenapa dewi Ning'er sediakan sarapan untuk awak?" tanya Du Ze.
688Please respect copyright.PENANAz65bkVyjdk
Tidak kira bagaimana Nie Li menjelaskannya, Du Ze dan Lu Piao tidak akan percaya kepadanya. Beberapa rakan bangsawan di dalam kelas memandang ke arah Nie Li. Wajah mereka penuh dengan permusuhan. Nie Li mencuri salah seorang dewi mereka. Bagaimana mungkin mereka memberinya wajah yang manis?
"Mungkin dia memerlukan bantuan saya," jawab Nie Li.
'Nie Li, budak nakal ini, sebenarnya sangat menyimpan rahsia, fikir Du Ze.
Tidak kira bagaimana Du Ze atau Lu Piao cuba mendapatkan sesuatu daripadanya, Nie Li tidak akan memberitahu mereka apa-apa. Mereka sedar bahawa mereka hanya boleh menyerah kalah. Mereka memutuskan untuk menyiasat hubungan antara Nie Li dan Xiao Ning'er.
(Nota : mereka berdua bukan "SUKA" Ning'er, mereka hanya ingin tahu tentang hubungan mereka sebagai kawan)
688Please respect copyright.PENANAkHS857ok1X
Ketika loceng untuk pelajaran bermula, CIkgu Shen Xiu memusingkan pinggangnya, dan berjalan ke dalam kelas. Tidak seperti sikap sombongnya yang biasa, senyuman di wajahnya kelihatan seperti gembira.
688Please respect copyright.PENANAdWS19Z9KqP
"Kamu bertiga kembali ke tempat duduk kamu!" Kata Shen Xiu sambil memandang Nie Li, Du Ze dan Lu Piao. Terdapat VIP di sini untuk memerhatikan kuliahnya, sudah tentu dia tidak akan berani untuk berlebihan.
688Please respect copyright.PENANAuYoKDz5OqB
"Hari ini saya akan bercakap tentang Corak Ukiran. Sama ada pejuang atau ahli roh syaitan, Corak Ukiran adalah sangat penting. Corak Ukiran dipisahkan kepada dua bahagian, masing-masing Corak Menyihir dan Corak Pertempuran. Corak Menyihir boleh ditulis pada perisai dan senjata. Memandangkan ia boleh meningkatkan kebolehan tempur dengan perisai dan senjata tersebut, terutamanya jika ia digunakan oleh Spiritualis Iblis, mereka boleh menggunakan senjata dan perisai dengan Corak Menyihir di atasnya untuk melepaskan kuasa yang jauh lebih daripada kekuatan asas mereka. Corak Pertempuran, ia digunakan dengan Skrol Corak Ukiran. Dengan menuliskannya pada skrol dan kemudian mengaktifkannya, boleh menyebabkan letusan kuasa pertempuran secara mendadak!"
Perkara yang mengejutkan ialah, Shen Xiu mula mengajar dengan banyak hari ini.
"Corak Ukiran sangat mendalam dan misteri. Ia telah wujud sejak zaman Empayar Angin Salji. Ia terus diperbaiki dari masa ke masa. Tetapi semasa Zaman Kegelapan, tanah besar telah diserang oleh banyak haiwan syaitan. Bandar Glory hanya berjaya mewarisi sebahagian kecil daripadanya, datang dalam tiga kategori. Corak Angin Salji, Corak Api Suci, Corak Perang Perdana. Yang mana bersifat Angin Salji, sifat Api dan sifat Neutral."
"Hari ini kita akan bercakap tentang Corak Menyihir." Shen Xiu berkata dengan lembut, nadanya menjadi lebih lembut berbanding nada biasa.
688Please respect copyright.PENANAZMdxiJNtD3
Di luar kelas, tiga lelaki berumur duduk bersama-sama, mendengar kuliah.
688Please respect copyright.PENANA5xAv4Kqp4m
"Ilmu daripada ahli keluarga Keramat cukup mendalam. Dengan adanya dia mengajar pelajar-pelajar ini sudah tentu lebih daripada cukup!" salah seorang lelaki tua itu berkata sambil tersenyum. Beliau ialah Ye Sheng, naib pengetua Institut Orkid Suci.
"Beberapa pelajar dalam kelas ini agak bagus, tidak kira sama ada Ye Ziyun, Shen Yue atau Xiao Ning'er," kata salah seorang lelaki tua itu, kedengaran sangat gembira. Beliau adalah seorang profesor di Institut Orkid Suci bernama Lu Ye.
Selain Ye Sheng, seorang lelaki tua berjubah kelabu duduk di sebelah mereka. Lu Ye tidak tahu identiti orang tua berjubah kelabu ini. Orang tua berjubah kelabu ini hanya duduk santai tetapi dia mengeluarkan aura berprestij yang kuat, menyebabkan Lu Ye berhati-hati dengan kata-katanya apabila dia bercakap. Dia tidak berani melakukan sedikit kesilapan dengan ucapannya.
688Please respect copyright.PENANAvyR3xOZRFx
"Macam mana?" Ye Sheng bertanya sambil memandang ke arah orang tua jubah kelabu.
"Mhm," orang tua jubah kelabu menjawab tanpa perasaan.
Lu Ye berbisik dalam hatinya, 'Apakah identiti orang tua berjubah kelabu ini. Dia sebenarnya melayan Naib Pengetua Lu Sheng dengan acuh tak acuh. Statusnya tidak boleh rendah. Saya takut statusnya mungkin lebih tinggi daripada pengetua Institut Orkid Suci.’
Selepas memikirkannya, Lu Ye tidak berani bercakap lagi.
688Please respect copyright.PENANAApl1D4zlxi
Pelajar di dalam kelas tidak tahu bahawa ada orang di luar kelas memerhatikan kuliah. Sukar untuk membayangkan bahawa Shen Xiu sebenarnya bercakap tentang beberapa perkara yang besar, jadi semua orang memberi perhatian dan mendengar.
Shen Xiu sedikit mengangkat dadanya. Wajahnya, yang penuh dengan kebanggaan, dan berkata, "Hari ini saya ingin bercakap tentang Corak Api Suci! Dalam penyelidikan mengenai Corak Api Suci, keluarga Keramat tidak syak lagi mempunyai maklumat yang layak!"
"Corak Api Suci mempunyai 66 corak asas. Corak ini, contohnya....," Shen Xiu melukis ukiran corak yang terbentuk daripada banyak corak yang disatukan di papan hitam, "Ini ialah Corak Mentari Merah. Corak ini dicipta oleh Pemimpin Keluarga Keramat generasi pertama. Ia adalah corak Gangsa yang paling berkuasa! Corak ini terdiri daripada 36 corak asas digabungkan bersama. Ia juga merupakan corak paling kompleks antara corak Gangsa. Seterusnya kita akan bercakap tentang 36 corak asas ini."
688Please respect copyright.PENANAlpeQazbAtl
Shen Xiu mula bercakap tanpa henti.
Kebanyakan pelajar di dalam kelas mendengar dengan penuh minat, namun Nie Li seorang sahaja yang tidak memberi perhatian. Dia tidak berminat dengan corak asas ini. Lebih-lebih lagi terdapat lebih daripada 600 corak asas dalam Corak Api Suci, bukan 66.
688Please respect copyright.PENANAVCTxvyEITD
Jika bukan kerana Ye Ziyun dan harta karun di Institut Orkid Suci, Nie Li tidak akan tinggal di dalam kelas mendengar pengajaran sia-sia Shen Xiu. Pada pandangannya, pengetahuannya sendiri penuh dengan kelemahan. Pelajarannya tidak boleh didengari. Menyatakan bahawa Corak Mentari Merah ringkas yang didakwa sebagai corak gangsa yang paling kuat adalah sekadar berlagak.
Pandangan Shen Xiu melihat seluruh pelajar di dalam kelas, dan akhirnya jatuh pada Nie Li. Sebelum ini, Nie Li melawan dan memandang rendah kepadanya. Dia juga membuat pertaruhan dengannya. Dia membenci lelaki itu di dalam hatinya selama ini. Apabila dia melihat bahawa Nie Li tidak memberi perhatian kepada pelajaran, dia ketawa dalam hati. Dia akhirnya menemui peluangnya! Shen Xiu terus bercakap tentang 36 corak asas. Nie Li tidak mempunyai minat sedikit pun di dalamnya dan hanya meletakkan kepalanya di atas meja.
688Please respect copyright.PENANA1JGqZbwW9H
Pada masa ini, Naib Pengetua Ye Sheng, yang duduk di luar, tidak begitu gembira apabila melihatnya. Dia memandang lelaki tua berjubah kelabu di sebelahnya. Terdapat seorang tokoh penting di sini hari ini untuk memerhati kuliah dan pelajar itu pula sedang tidur di dalam kelas. Dia hanya membaling lumpur ke muka Institut Orkid Suci. Dia tidak tahu nama pelajar itu. Jika dia tahu, dia pasti akan membuangnya dari institut dan tidak akan membiarkan dia kembali!
Melihat bahawa si tua berjubah kelabu itu tidak mempunyai sebarang reaksi terhadap tindakan Nie Li, Naib Pengetua Ye Sheng berasa lega.
Lu Ye, yang duduk di sebelah mereka, dengan tegas berkata, "Dalam kelas Pelatih Pejuang, sudah pasti ada pelajar yang baik dan jahat yang bercampur-campur. Saya pasti akan menghukum pelajar ini nanti! Ibu bapa membelanjakan begitu banyak wang untuk menghantarnya ke sekolah, bukan untuk dia tidur!"
Ye Sheng menganggukkan kepalanya. Lu Ye tahu tugasnya.
688Please respect copyright.PENANAabQztycLZw
Kerana Nie Li tertidur, semua orang melihat bahawa muka Shen Xiu menjadi masam. Bukankah pelajar yang tidur di dalam kelas membayangkan bahawa pelajarannya membosankan?
"Nie Li!" Shen Xiu bercakap dengan suara yang keras sambil berjalan ke arah Nie Li.
Nie Li sedang tidur dengan gembira kerana dia tidak mendapat tidur yang lena sejak minggu lalu. Dia hampir tidak membuka matanya, memandangkan dia masih mengantuk, dan berkata, "Ada apa?"
Melihat Shen Xiu membangunkan Nie Li, sekumpulan anak bangsawan diam-diam ketawa. Mereka paling ingin melihat Nie Li dalam kesusahan. Siapa suruh dia mencuri dewi hati mereka daripada mereka?
"Dia bakal kena kali ini!"
688Please respect copyright.PENANAGuEuDHxCud
Du Ze dan Pu Liao tersenyum pahit antara satu sama lain. Walau apa pun, tidur dalam kelas memang sesuatu yang mereka tidak berani buat.
Sikap Nie Li membuatkan Shen Xiu semakin berang. Dia berkata dengan suara yang keras, "Kamu berani tidur di dalam kelas saya. Adakah kamu sudah tahu semua perkara ini?"
"Ya," kata Nie Li dengan tenang.
"Awak...." Shen Xiu terdiam bagaikan tercekik dengan kata-kata Nie Li. Sejak permulaan pelajaran Nie Li sudah tidur. Dia bahkan berkata bahawa dia sudah mengetahuinya. Siapa yang akan percaya dengan kata-katanya?
Shen Xiu dengan dingin mencemuh, "Memandangkan kamu sudah tahu, kenapa kamu tidak memberitahu kami tentang corak tulisan di papan tulis?"
688Please respect copyright.PENANApziYzDvSNX
Mata Nie Li memandang pada corak ukiran itu dan berkata, "Ini adalah Corak Api Suci bergred rendah. Ia hampir tidak boleh dianggap sebagai corak Gangsa. Dengan 38 corak dalam strukturnya, kuasanya lemah, tetapi jika digunakan untuk mendidih air, ia sudah cukup baik"
Mendengar apa yang dikatakan oleh Nie Li, seluruh kelas mula ketawa.
"Haha, saya hampir mati kerana ketawa. Dia benar-benar tidak mendengar apa-apa yang cikgu katakan. Untuk mengatakan bahawa Corak Mentari Merah ini mempunyai 38 corak asas dalam strukturnya, apabila sebelum ini, cikgu Shen Xiu baru sahaja memperkenalkan bahawa terdapat 36 corak asas. dalam strukturnya!"
"Saya tergelak sampai air mata mula keluar. Dia cakap ianya digunakan masak air!" salah seorang budak mulia itu berkata sambil ketawa.
Walaupun Ye Ziyun tidak dapat menahan senyuman, Shen Yue menjadi sedikit marah. Nie Li hanya berkata bahawa corak Gangsa yang diturunkan dalam keluarganya sebenarnya digunakan untuk mendidih air. Ini, secara ringkasnya, tidak boleh diterima! Di antara semua pelajar, hanya Xiao Ning'er yang kekal tenang, Xiao Ning'er merasakan bahawa Nie Li tidak mengelak daripada melakukan sesuatu yang akan menyebabkan orang lain berasa tertekan. Mereka ini tidak tahu bakat sebenar Nie Li.
688Please respect copyright.PENANAblNErRkSuO
Pada ketika itu, di luar bilik darjah, Lu Ye turut ketawa. "Pelajar ini memang kelakar. Dia sebenarnya mengatakan terdapat 38 corak asas dalam struktur Scarlet Sunburst malah mengatakan ia hanya digunakan untuk memasak air!"
Semasa dia ketawa, dia perasan bahawa Naib Pengetua, Ye Sheng, dan si tua berjubah kelabu itu tidak ketawa. Dia tiba-tiba berhenti dengan menahan tawanya semula ke dalam perutnya.
"Apa yang kelakarnya? Scarlet Sunburst memang diperbuat daripada 38 corak asas." Naib Pengetua Ye Sheng berkata dengan tenang. Di peringkatnya dan si tua berjubah kelabu, dengan penyiasatan mendalam mereka mendapati terdapat 2 corak asas dalam corak Scarlet Sunburst yang sebenarnya bukan sahaja dibuat daripada 2 corak asas, tetapi diperbuat daripada 4 corak asas. Namun, apa yang membuatkan mereka berasa terkejut kerana maklumat ini sebenarnya datang daripada seorang pelajar. Adakah pelajar ini meneka secara rawak? Dan bagi pakar seperti mereka, Mentari Merah, corak tulisan sampah seperti ini, hanya boleh digunakan untuk mendidih air; kesan sebenar dalam pertempuran adalah sangat kecil.
Satu cahaya menyinari mata tua berjubah kelabu itu, tetapi dia tidak berkata apa-apa dan terus berdiam diri.
688Please respect copyright.PENANAQKfJSl2Ab6
"Karut!" Shen Xiu merengus marah. Wajahnya berubah muram. Sebagai ahli keluarga Keramat, dia tidak boleh bertolak ansur dengan sesiapa yang merendahkan corak Mentari Merah di hadapan mereka.
Nie Li tidak menghiraukan pelajar yang sedang mentertawakannya dan meneruskan, "Corak ukiran ini berasal dari jilid ketujuh Kitab Api Kilat Dewata. Nama asal corak ukiran ini dipanggil Corak Ledakan Api Kilat. Ia terdiri daripada 60 corak asas. Ia boleh dianggap sedikit rumit, tetapi beberapa si pandir pergi dan memotong sebahagian daripada corak ukiran, mengubahnya sedikit, dan mengubahnya menjadi Corak Mentari Merah yang tidak jelas ini. Tanpa keupayaan pertempuran sebenar, ia hanya boleh diberikan kepada pengamal Corak Api Keramat untuk belajar."
Kitab Api Kilat Dewata, apakah itu? Pelajar di dalam kelas itu berpandangan sesama sendiri.
Nie Li sebenarnya berkata bahawa ketua keluarga generasi pertama keluarga Keramat adalah si pandir? Shen Xiu sangat marah. Dia tidak mengetahui mana-mana Kitab Api Kilat Dewata atau apa yang dicatatkan dalam jilid ketujuh daripadanya.
"Tidak masuk akal! Buku seperti itu tidak wujud di dunia!" Shen Xiu berfikir sejenak dan membalas. ‘Apa itu jilid ketujuh dari Kitab Api Kilat Dewata? Ia mungkin salah satu cerita karut Nie Li!’
ns216.73.216.208da2


